Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Serigala yang Memakai Bulu Biri-biri: Berhati-hati dgn Menyokong Kremlin, Bahagian 1 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Sesiapa yang secara pasif atau agresif, secara terbuka menyokong jenis sistem Kremlin yang membunuh, merogol, merompak ini mempunyai mentaliti yang sama dan juga merupakan rakan subahat jenis peperangan ini – peperangan yang tidak wajar, jahat. Saya doakan kesejahteraan anda. Saya berdoa agar Tuhan ampuni anda. Saya berdoa agar api neraka melepaskan anda. Amin. Saya nak ingatkan anda, jika anda dah lupa, bahawa anda pemimpin negara besar di dunia telah menandatangani dan memeterai perjanjian utk menggoda orang Ureign (Ukraine) supaya melepaskan senjata nuklear mereka untuk dilindungi oleh anda semua termasuk Kremlin yang agresif ini.

Kesatuan Eropah bermegah dengan dasar membersihkan rasuah politik – tiada rasuah, tiada peras ugut dll yang kedengaran baik jika mereka dapat lakukannya. Jadi idea merampas tanah orang Ukraine – saya namai mereka orang Ureign – dan berikannya kepada Kremlin, itu di luar imaginasi pemikiran logik dan masuk akal sesiapa pun.

Media Report from WION – Aug. 16, 2023, Erik Njoka: Ketua kakitangan NATO, Stian Jenssen mencadangkan agar Ukraine memperoleh keanggotaan NATO sebagai tukaran bagi penyerahan beberapa wilayah kepada Rusia. Mungkin ini sebahagian daripada cara untuk mengakhiri peperangan di Ukraine.

Media Report from BBC News – May. 22, 2022, Tim Willcox: Kerajaan Ukraine berkata ia takkan bersetuju dengan sebarang perjanjian damai atau gencatan senjata dengan Moscow jika ia melibatkan penyerahan mana-mana wilayahnya. Seorang penasihat kanan Presiden Zelenskyy berkata bahawa melakukan penyerahan akan menimbulkan kesan bertentangan kerana Rusia hanya akan mempergiat serangan pada masa depan.

Mykhailo Podolyak: Rusia hanya yakinkan orang ttg perang. Ia hanya meminati perluasan wilayah. Hari ini ia menyerang Ukraine, esok mungkin ia menyerang mana-mana negara yang lain di sempadan: Georgia, Moldova dan sebagainya. Tiada formula lain kecuali menundukkan Rusia hari ini untuk mengakhiri peperangan mengikut syarat Ukraine.

Ini bermakna menggalakkan Kremlin dan Rusia menjadi lebih agresif terhadap mana-mana negara lain pada masa depan, pergi musnahkan saja rumah semua orang, curi hasil tuaian mereka, rogol wanita dan kanak-kanak mereka serta bunuh sesiapa saja dari muda ke tua. Terus berbuat demikian. Mengugut seluruh dunia dengan senjata nuklear dan mendapat harta benda, prestij akhirnya. Sangat bagus! Sesiapa di sebalik idea ini harus keluar dari planet ini, bukan hanya arena politik.

Sesiapa pun tahu, jika kita nak melatih orang-anjing menjadi anjing yg baik, menyenangkan, lembut, maka kita perlu berikan galakan, makanan kpd mereka apabila mereka berkelakuan baik. Tetapi tidak apabila mereka berkelakuan agresif kerana itu boleh berbahaya kepada anak mereka di rumah, kepada keselamatan sendiri juga dan semua orang yang lain yang mendekati anjing itu. Jika kita nak melatih orang-anjing sebagai anjing yang agresif untuk berlawan, cederakan makhluk lain, perlagaan anjing, contohnya, maka kita harus berikan galakan dan makanan kepada mereka apabila mereka agresif.

Jadi menjadi pemimpin organisasi besar seperti NATO tetapi tak tahu bagaimana melatih orang-anjing pun, tak tahu akan logik di sebalik segala perlakuan mudah ini pun, maka kita telah melampaui rasa terkejut. Saya tak tahu apa yang nak dikatakan kepada orang di dunia ini lagi, kepada kononnya pemimpin negara, organisasi. Ya Tuhan. Tuhan yang dikasihi, tolong selamatkan kami drpd segala jenis musang berbulu ayam ini. Kita semua menyokong perdamaian tetapi tidak dengan jenis orang ini – jenis orang, jenis kononnya pemimpin yang hanya menyebelahi penceroboh, pemangsa, dan tidak dengan mangsa yg tak berdosa termasuk kanak-kanak dan bayi yang dibedil, ya Tuhan, dengan senjata jahat, setiap hari, dan membunuh orang sendiri dengan menghantar mereka bertempur dalam peperangan yang membahayakan. Beratus-ratus ribu orang Rusia muda yang menawan dan berkebolehan telah mati dalam peperangan di Ukraine (Ureign) ini dengan arahan, perintah pemimpin mereka sendiri – perintah jahat, gila.

Semua pemimpin sepatutnya menjadi pelindung dunia. Pemimpin dunia yang berkuasa menyebelahi penceroboh yang jahat itu, Kremlin, dengan cara-cara yang berlainan – cara pasif dan cara terbuka. Cara pasif dengan tidak membantu melindungi mereka dengan langkah yang tegas dan cara pasif dgn tidak mengatakan apa-apa yang baik untuk orang Ureign (Ukraine) dan tidak katakan apa-apa dgn lebih tegas untuk mengutuk penceroboh, Kremlin.

Saya sendiri – tak terkatakan, di luar imaginasi, tindakan macam ini. Kita semua menyokong perdamaian tetapi bukan macam itu. Ya Tuhan. Segalanya terpulang kepada orang Ureign (Ukraine) utk memutuskan apa yang mereka mahu. Semua negara besar ini tak harus masuk, mengucar-ngacirkan kehidupan mereka dan terus menyebelahi penceroboh untuk menindas orang yang kesian, tak berdosa, tak berbuat salah terhadap Kremlin ini. Dunia tak pedulikannya, menutup mata terhadap pencerobohan Kremlin di merata tempat yang lain juga. Mereka (Kremlin) telah menduduki wilayah banyak negara di seluruh dunia dan yang ini, negara Ureign (Ukraine) ialah pintu masuk, pintu masuk depan Eropah.

Media Report from Office of the President of Ukriane –July 17, 2023, President Zelenskyy: Apabila perisai langit Ukraine dah cukup kuat – ia akan menjadi begitu – Ukraine akan memastikan kebebasan dan keselamatan sebenar untuk seluruh Eropah daripada keganasan Rusia. Keselamatan benua kita bermula di sini dengan kedaulatan dan kekuatan Ukraine.

Jika mereka menyerah kalah sekarang, Eropah, hati-hatilah. Itu saja yang boleh saya katakan.

Media Report from Firstpost – Aug. 17, 2023, Palki Sharma Upadhyay: Saya memetik sekali lagi: “Ini bermakna secara sengaja memilih kekalahan demokrasi, beri galakan kepada penjenayah global, memelihara rejim Rusia, rosakkan undang-undang antarabangsa dan menurunkan peperangan kepada generasi lain.”

Jika anda terus menyokong penceroboh seperti Kremlin dan menindas negara yang lemah dan penurut seperti Ureign (Ukraine), maka hati-hatilah. Sesiapa di sebalik idea merampas, merompak tanah Ureign (Ukraine) untuk ditawarkan secara percuma kpd Kremlin harus bertanggungjawab dalam seluruh sejarah umat manusia dan di neraka juga. Mereka akan jawab di neraka atas itu. Itu saja yang boleh saya katakan.

Saya tahu siapa itu tetapi saya tak boleh sebut nama anda kerana saya macam tak percaya. Sebagai pemimpin NATO, anda tak boleh keluarkan kata-kata yang jahat macam itu. Anda bukan sahaja tidak melindungi Ureign (Ukraine) malah mahu hancurkan negara mereka, hancurkan rakyatnya dan ambil harta benda, negara mereka untuk diberikan kepada pemangsa Rusia. Siapakah anda? Walaupun saya tahu nama anda, saya rasa begitu meluat nak sebutnya. Sebab itu saya tidak. Tetapi semua orang di dunia tahu siapa yang saya katakan. Dengan hancurkan Ukraine (Ureign) dan rakyatnya, anda bukan sahaja membahayakan Ukraine (Ureign) tetapi juga membahayakan Eropah dan seluruh dunia.

Tidak lama sebelumnya, anda malah berkata kepada dunia, “Okey, Ukraine (Ureign) ialah anggota NATO.”

Media Report from NATO News – Apr. 20, 2023, NATO Secretary General: Biar saya kata dengan jelas, tempat sah Ukraine adalah dalam keluarga Euro-Atlantik. Tempat sah Ukraine adalah dalam NATO.

Tetapi sekarang apa yang tak kena dengan otak anda? Anda sendiri jawablah kepada orang Ukraine (Ureign) dan seluruh dunia. Saya tak peduli apa yang anda katakan. Barangkali itu satu lagi idea yg karut, bodoh, menyokong keganasan. Ya, saya tahu, anda berkuasa. Rasa tersinggung, marah dengan saya. Ya, pasti. Saya hanya seorang wanita tua yang kecil, lemah. Beraninya saya malah katakan sesuatu yang menentang anda? Maksud saya, kebanyakan pemimpin dunia atau pemimpin dunia berkuasa yang saling menyebelahi, berpakat menentang Ukraine (Ureign) kecil dan menyokong Rusia yang besar, agresif. Saya tak maksudkan orang Rusia. Saya maksudkan pemimpin Rusia yg agresif, Kremlin. Pemimpin tentera pun tidak, mereka tidak mahukannya. Hanya beberapa daripada mereka yang menolak mrk ke dlm keadaan berbahaya, bunuh mereka secara beramai-ramai tanpa mengelipkan mata, tanpa rasa sesal dan rasa simpati dalam hati mereka.

Sesiapa yang secara pasif atau agresif, secara terbuka menyokong jenis sistem Kremlin yang membunuh, merogol, merompak ini mempunyai mentaliti yang sama dan juga merupakan rakan subahat jenis peperangan ini – peperangan yang tidak wajar, jahat. Saya doakan kesejahteraan anda. Saya berdoa agar Tuhan ampuni anda. Saya berdoa agar api neraka melepaskan anda. Amin. Saya nak ingatkan anda, jika anda dah lupa, bahawa anda pemimpin negara besar di dunia telah menandatangani dan memeterai perjanjian utk menggoda orang Ureign (Ukraine) supaya melepaskan senjata nuklear mereka untuk dilindungi oleh anda semua termasuk Kremlin yang agresif ini.

Media Report from WION – Feb. 10, 2022, Mohammed Saleh: Ukraine pada suatu ketika dahulu ada senjata nuklear yang ketiga terbesar di dunia. Kemudian apa yang berlaku? Amerika berunding dengan Ukraine supaya melucutkan senjata itu dan Kyiv memutuskan utk tandatangani NPT, Perjanjian Tidak Membangunkan Senjata Nuklear. Ia menyerahkan senjata nuklearnya dan sebagai balasan, Amerika Syarikat berjanji untuk melindungi kedaulatan Ukraine. Amerika Syarikat tidak bersendirian. United Kingdom juga telah membuat ikrar yang sama dan yang ironiknya, begitu juga dengan Rusia.

VO: Negara kuasa nuklear yang dulu menjadi rebutan ini hari ini telah melucutkan senjata itu dengan askar Rusia mengawasinya. Apabila Ukraine menyertai NPT, kuasa dunia berjanji akan melindungi kedaulatannya. Amerika Syarikat, United Kingdom dan Rusia telah menandatangani Memorandum Budapest. Negara-negara kuasa nuklear ini berjanji akan melindungi kedaulatan Ukraine, hormati keutuhan wilayah Ukraine dan menghindari tekanan ekonomi. Mereka juga berjanji untuk tidak gunakan kekerasan terhdp Ukraine atau mengugutnya. Rusia hanya ambil masa 10 tahun untuk melanggar semua komitmen ini. Konflik ini telah hancurkan kebolehpercayaan perjanjian antarabangsa Pencerobohan Rusia dan tindak balas Barat telah banyak menunjukkan kegagalan jaminan keselamatan.

Tapi sekarang apa yg Kremlin lakukan? Memungkiri janji, pergi membunuh, merogol dan memperkosa orang, malah kanak-kanak dan bayi. Semua itu di depan mata. Tetapi anda masih menyokongnya?! Tanyalah diri sendiri, apa jenis orang anda ini? Apa jenis fikiran yang anda ada dalam otak anda? Apa jenis belah yang anda pilih? Syaitan atau Tuhan? Neraka atau Syurga? Orang Syurga tak melakukan ini. Jadi anda menyebelahi neraka dan itu tempat anda akan pergi. Itu logik. Yang sama saling menarik. Jika anda menyokong sesuatu, ini bermakna hati anda adalah macam itu, pemikiran anda adalah macam itu. Jadi anda akan ditarik ke dalam mentaliti macam itu, tenaga macam itu, tempat macam itu seperti neraka. Jangan berfikir saya mengugut anda. Anda fikirkannya dan anda akan tahu – yang sama saling menarik. Karma yang serupa menarik balasan yang serupa.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/2)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
155 Tontonan
2024-12-19
1365 Tontonan
2024-12-18
841 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android