Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Spiritual Experiences, Part 5 – Supreme Master Ching Hai is really God incarnated. Every word She says is true.

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Mahaguru Ching Hai Terhormat dan pasukan Supreme Master TV yang dikasihi: Terima kasih atas kasih sayang dan dedikasi anda. Saya amat berterima kasih atas berkat Tuhan dan Syurga. Dengan amalan spiritual dan meditasi, saya semakin ingat kembali perincian tentang kelahiran semula saya dalam hayat ini.

Selepas hayat saya yang sebelumnya berakhir, saya kembali ke sebuah tempat. Saya ada banyak kawan yang dikenali di sana tetapi mereka terperangkap di tempat itu, jadi tidak dapat balik. Saya rasa simpati dan sedih dengan kawan-kawan sejiwa ini kerana mereka telah terperangkap di bumi seperti neraka ini untuk masa yang panjang. ‘Bukankah lebih baik jika aku boleh buat lebih banyak atau melipatgandakan usahaku untuk bantu mereka? Bila penjara manusia ini akan berakhir?’ Saya berfikir.

Pada saat itu, Tuhan muncul di depan saya dengan Cahaya yang terang. Cahaya itu begitu terang sehingga saya tak dapat lihat muka-Nya. Saya hanya ingat akan Cahaya terang-Nya yang tidak dapat saya gambarkan, dengan lembut menembusi roh saya. Saya tahu Dia ialah Tuhan Maha Berkuasa yang dikenali oleh semua orang di alam roh. Tuhan berfirman kepada saya, ‘Janganlah bersedih, anak-Ku, engkau nak cuba sekali lagi tak?’ Saya tundukkan kepala dan bersetuju. Apa yang diikuti ialah pemilihan dan persediaan sebelum kelahiran semula. Apabila segala-galanya sudah sedia, tiba-tiba saya berfikir, ‘Lautan orang yang luas, ke mana harus aku pergi utk cari Engkau atau Guru dalam hayat ini?’ Saya tahu sangat bahawa tanpa bimbingan Guru hidup, roh akan terperangkap dalam karma tak berhujung di Bumi dan tidak akan balik ke Rumah. Tuhan berfirman kepada saya, ‘Kau tak dapat cari Aku. Aku akan cari engkau.’ Bahagian seterusnya ialah kelahiran semula saya. Saya jatuh ke dalam terowong dan terasa seperti terjun lelabah. Diiringi oleh malaikat yang bertanggungjawab terhadap kelahiran semula, saya tiba di sebuah hospital. Ibu saya mengalami kesukaran bersalin disebabkan oleh kelewatan saya dan kakitangan perubatan bersedia untuk membantu kelahiran dengan menggunakan alat. Saya terdengar doktor berkata, “Apa yang berlaku? Lihatlah alat ini buat kepala bayi bengkak.” Satu gelombang cahaya melitupi dan biarkan bayi ini keluar dari rahim. Kemudian roh saya masuk ke dalam bayi ini. Begitu menyakitkan sehingga saya jatuh koma. Itu bagaimana saya mulakan hidup saya.

‘Tolong cari aku!’ Itu frasa yang muncul dalam mimpi saya sepanjang tahun-tahun ini sebelum saya nampak gambar Guru. Kebenaran tentang kelahiran semula roh bukan sahaja banyak disebut dalam pengalaman hampir mati dan hipnoterapi hayat lampau tetapi banyak kajian sains juga menunjukkan kewujudan kelahiran semula sebab akibat.

Setiap daripada kita telah mengambil peranan roh, masuki badan yg berlainan, dan Mahaguru Ching Hai ialah identiti yang dipilih oleh satu-satunya Tuhan Yang Maha Berkuasa di alam semesta dalam hayat ini. Ini 100% disahkan pada saat saya nampak gambar Guru dalam hayat ini. Mahaguru Ching Hai ialah Tuhan yang dulu bercakap dengan saya. Dia telah berikan begitu banyak kepada alam semesta dan manusia. Keagungan Tuhan adalah di luar imaginasi kita dan wajar mendapat kekaguman, penghormatan dan kasih sayang tak terhingga semua makhluk hidup. Setiap perkataan yg dikatakan-Nya adalah benar dan anda akan mengetahuinya apabila anda sendiri mengalaminya.

Satu lagi kebenaran yg perlu saya sebut ialah orang-haiwan juga merupakan badan yang dimasuki oleh roh yang sama dengan kita. Mereka ada emosi dan perasaan yang sama. Kita manusia tiada ingatan tentang hayat lampau kita, jadi kita tidak tahu apa jenis badan yang pernah kita masuki. Diet vegan ialah langkah yang paling asas untuk menghentikan kelahiran semula daripada hutang darah dan untuk balik ke Rumah roh. Syurga tertinggi tidak akan menerima roh yang ada darah roh lain pada tangan dan mulutnya. Balik ke Rumah roh bukanlah perkara senang. Jika begitu senang, anda dan saya tidak akan duduk di sini hari ini. Hanya melalui cara yang betul baru dapat kita mencapainya!

Kawan-kawan yang dikasihi, segera sedarlah. Jangan mensia-siakan hayat ini. Dalam hayat seterusnya, anda akan lupa akan segala-galanya sama seperti anda sekarang. Dalam hayat seterusnya, mungkin anda tidak dapat menjadi manusia lagi. Dalam hayat seterusnya, meskipun anda ialah manusia, mungkin anda tidak menemui Guru sebenar. Dalam hayat seterusnya, meskipun anda menemui Guru, adalah sukar untuk balik ke Rumah spiritual yang lebih tinggi juga apabila anda tidak menghargai masa beramal.

Sini bukan tempat asal anda. Jom pergi ke Rumah kita bersama-sama. Daripada seorang kawan yang merindui anda dari jauh. Felix dari Britain”

Vegan: kerana kita nak pulang ke Rumah.

Vegan: kerana kita datang dari Syurga.

Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang sama, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.

Untuk lebih banyak testimoni yang boleh dimuat turun secara percuma, kunjungilah SupremeMasterTV.com/to-heaven
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/13)
6
2022-10-21
6388 Tontonan
10
2024-02-28
2775 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-11-01
133 Tontonan
2024-11-01
1198 Tontonan
2024-10-31
595 Tontonan
2024-10-31
179 Tontonan
2024-10-31
146 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android