Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Riwayat Hidup Nabi Mahavira: Terus Berpuasa untuk Menyelamatkan Chandana, Bahagian 3 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Dia nampak Baba Sawan Singh bawanya pergi jumpa Tuhan, di takhta Tuhan. Dia banyak menangis. Dia kata, “Saya tak pernah bayangkan, tak pernah... Sepanjang hidup saya, saya tak pernah bayangkan saya dapat mendekati takhta Tuhan dan bercakap dengan-Nya macam itu.”

Tokong ini tak... Ia tak kelihatan macam tokong Buddha yang biasa. Ia hanyalah sebuah bangunan, sebahagian daripada bangunan yg berada di tepi seluruh blok yang panjang dan ia hanyalah sebahagian daripadanya. Ia dibuat menjadi tokong. Guru pada masa itu membeli tokong tersebut untuk mengajar anak murid Amerika. Setiap tiga bulan, dia pergi ke sana. Anak muridnya, saya kira dengan jari, mungkin kira-kira 30, 40, sebuah tokong kecil. Dan mereka datang pada setiap Ahad untuk dengar khutbahnya dan dia adakan suluk bersama mereka kadangkala. Suluk itu ada mungkin 20 atau lebih 20 orang. Jadi itu bukan tokong yang terkenal. Ia tak kelihatan macam tokong di luar. Ia hanyalah sebuah pangsapuri biasa. Ia ada dua tingkat dan satu tingkat bawah tanah. Tingkat bawah tanah ialah dapur – komuniti masak dan makan. Tingkat satu untuk Buddha, dewan dan meditasi. Tingkat tiga ialah tempat kediaman. Saya ada sebuah bilik kecil di sana. Guru tinggal di depan, saya tinggal di belakang. Sebuah bilik, dipisahkan oleh koridor dan sebuah bilik kosong.

Jika saya keluar untuk jarak yang jauh, balik dan tak menulis alamat tokong, saya akan tersesat. Tapi mereka boleh jumpai tokong itu, bunyikan loceng. Saya berseorangan, ketua biksu berulang-alik. Beliau ada kad hijau, berulang-alik. Jadi mereka masuk ke dalam dan beritahu saya. Mereka (pencari Kebenaran) gambarkan apa yang pembimbing dalaman beritahu mereka tentang saya, berkata saya akan beri inisiasi dan boleh ada Bunyi (Syurga dalaman), boleh dengar bunyi lautan. Jadi saya rasa dia tak berbohong. Saya tanya dia sama ada dia tahu apa-apa tentang Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman), serta tentang ajaran ini dan itu. Sekurangnya ajaran yang hampir sama atau sesuatu. Adakah dia baca apa-apa? Mereka kata, “Tidak. Tak tahu. Cuma pembimbing beritahu kami supaya datang ke sini dan kamu akan beri inisiasi kepada kami, kemudian kami akan dengar bunyi lautan meskipun tiada lautan.” Sesuatu macam itu. Jadi saya rasa mereka tak berbohong. Buat apa mereka membohongi saya? Kerana saya tak merancang untuk beri inisiasi kepada sesiapa pun. Saya hanya tinggal di tokong, mencuci bilik mandi dan lantai setiap hari. Jadi saya kata, “Baiklah. Tapi kamu perlu menjadi vegetarian (vegan).” Mereka kata, “Ya, kami dah pun begitu.” Kerana dalam tradisi mereka mungkin macam itu juga. Sangat ikhlas. Visi dalaman yang baik.

Kemudian mereka datang jumpa dengan saya kadangkala lepas itu, kemudian bermeditasi bersama saya atau bersendirian. Saya berikan bilik yang ketua biksu khaskan untuk berjumpa dengan anak muridnya sewaktu bersuluk. Saya kata, “Kamu berada di bawah sana, saya berada di bilik saya. Kerana saya tak boleh berikan bilik tingkat atas kepada kamu.” Tingkat atas ada sebuah bilik saja untuk guru itu dan sebuah lagi bilik untuk meditasi. Di tingkat atas juga ada sebuah bilik meditasi untuk anak murid apabila mereka datang. Pada waktu pagi, mereka datang bermeditasi bersamanya. Sebelum itu saya rasa mereka telah tersilap. Saya kata, “Jika kamu cari ketua biksu, beliau tiada di sini. Kamu kembalilah lepas dua bulan. Beliau akan kembali ke sini. Namanya bukan Ching.” Saya beritahu mereka. Beliau seorang biksu agama Buddha. Jadi mereka kata, “Tidak. Mereka kata Guru Ching.” Saya kata, “Mungkin Guru Ji. Guru Ji. Beliau seorang lelaki.” Mungkin ‘Ji’ ialah perkataan Hindi bagi Guru agung. Orang sentiasa kata Guruji, Maharaji atau Mataji. Babuji, Babaji. Segalanya ‘ji’, bermaksud agung. “Jadi saya rasa mungkin itu apa yang pembimbingmu maksudkan dgn Guru Ji. Tapi beliau tiada di sini.” Kemudian dia kata, “Tidak, tidak. Kerana pembimbing berkata bahawa itu seorang wanita. Adakah ketua biksu ajarkan Kaedah Lautan?” Saya kata, “Tidak, beliau tak tahu apa-apa tentang lautan.” Jadi dia kata, “Maka itu bukan. Adakah kamu tahu akannya?” Mereka tanya saya sama saya tahu apa-apa tentang Bunyi Lautan (Syurga dalaman). Saya kata, “Saya tahu.” Mereka kata, “Maka itu kamu. Kamu orangnya. Kamu seorang wanita dan tahu tentang Bunyi Lautan dalaman, jadi bukan ketua biksu yang kami cari.” Jadi saya perlu beri inisiasi kepada mereka. Mereka datang dari jauh. Saya berikan makanan dan tambahan kepada mereka. Mereka kembali pada kali yang lain.

Tapi mereka takut pada hantu. Mereka sepatutnya ialah penangkap hantu. Mereka ialah penghalau hantu. Mereka dapat lihat hantu. Pada suatu hari, mereka datang kepada saya, “Boleh kami tidur bersama kamu di tingkat atas?” Saya kata, “Bilik kecil. Saya tak biasa tidur bersama orang lain. Kamu ada seluruh bilik di tingkat bawah, lebih selesa, dan bilik mandi, segalanya untuk kamu. Tandas begitu senang.” Dia kata, “Tidak, ada begitu banyak hantu di bawah sana, kira-kira 300 sekurang-kurangnya.” Saya kata, “Tak apa-apa.” Saya kata, “Ini sebuah tokong. Hantu dialu-alukan juga.” Tak dinyatakan di luar bahawa hantu tak boleh datang. Saya kata, “Lagipun, tokong ini beri makan hantu setiap hari juga,” simbolik dengan mantera, kemudian kita menggandakannya. Simbolik saja: taburkan beberapa titis air dan beras kecil, kemudian menggandakannya, kemudian hantu datang dan juga mendengar kami melafazkan kitab dan liturgi Buddha. Sesuatu macam itu.

Boleh kamu lihat di internet untuk saya? Beri makan hantu atau berdoa kepada Tuhan sebelum makan? Dah lama saya tak guna perkataan itu. “Jadi itu sebabnya ini rumah mereka. Jadi dah tentu mereka tinggal di sini tapi mereka takkan cederakan kamu, saya janji. Kerana lihatlah saya, ketua biksu dan orang lain, mereka datang dan pergi. Saya tinggal di sini, tiada apa-apa yang berlaku. Jangan risau. Lagipun, jika hantu boleh berada di tingkat bawah, mereka juga boleh naik ke tingkat atas, jadi apa bezanya?” Saya kata, “Hantu lebih bebas daripada kita. Mereka boleh segera naik ke tingkat atas dengan begitu saja, lebih cepat drpd kita pergi dengan tangga. Jadi jika kamu masuk ke dalam sini, apa bezanya?” Jadi dia kata, “Tidak, tidak, berbeza. Tiada hantu di sini. Mereka hanya berada di tingkat bawah. Di sini, kamu ada tiga, empat Guru bersama kamu. Terdapat seorang Guru yang berjanggut besar, panjang. Namanya Baba Sawan Singh. Guru-guru lain...” Dia menyebut nama semua Guru dan sebagainya.

Apabila saya beri inisiasi kepadanya, dia nampak Baba Sawan Singh di dalam. Dia beritahu dia nama-Nya dan berkata bahawa Dia dan saya satu entiti. (Wau!) Baba Sawan Singh dan saya satu entiti. Mengapa? Saya ada beritahu kamu itu sebelumnya? Saya tidak? Tidak? Saya tidak? Saya tanya, “Bagaimana kamu tahu nama Baba Sawan Singh?” Dia kata, “Dia beritahu saya di dalam.” Mereka sangat ikhlas dan sangat suci dari segi rohani. Kemudian saya juga kata, “Okey, jika Dia kata begitu, maka begitu. Guru takkan membohongi kamu. Atas sebab apa?” Visi dalaman, dan dia nampak Baba Sawan Singh bawanya pergi jumpa Tuhan, di takhta Tuhan. Dia banyak menangis. Dia kata, “Saya tak pernah bayangkan, tak pernah... Sepanjang hidup saya, saya tak pernah bayangkan saya dapat mendekati takhta Tuhan dan bercakap dengan-Nya macam itu.” Pada masa itu, itu belum Tuhan yang tinggi sangat, sekurang-kurangnya dalam Lima Alam, tapi dia tetap banyak menangis. Dia menangis dengan tak henti-henti. Saya kata, “Berhenti. Jika tidak, kamu akan menjadi kering. Saya takkan nampak kamu lagi. Saya akan kata, ‘Di manakah Azula? Di mana?’” Jadi saya berinya minuman dan sebagainya dan tak apa-apa. Mereka semua ada visi dalaman yg baik pada masa itu.

Kemudian mereka malah datang ke Taiwan (Formosa) untuk jumpa dgn saya. Pada masa itu, saya tinggal di hutan, Gunung Yangming. Kami tiada rumah atau apa-apa pun, ada khemah saja. Mereka memaku kepingan zink, buatnya menjadi pondok segi empat kecil untuk saya. Saya biarnya tinggal di sana, kemudian dia takut pada hantu sekali lagi. Saya kata, “Kamu hanya bayangkan. Kamu tanyalah biksuni-biksuni ini.” Pada masa itu, saya ada kira-kira, tak tahulah, lebih sepuluh orang biksuni dan biksu bersama saya. Kami berkongsi pakaian. Kami tiada wang yang mencukupi untuk beli pakaian. Saya berikan pakaian saya kpd mereka. Saya simpan sehelai saja untuk sendiri kerana kami tiada wang yang mencukupi untuk beli pakaian biksuni, kemudian kami baik-baik saja. Kami baik-baik saja. Kami gembira. Kami tiada wang yang banyak tetapi gembira.

Rasanya saya menanam tauge dan sayuran untuk dijual. Kemudian kami ada sedikit wang. Saya tak ingat bagaimana kami hidup. Para biksuni masih membuat risalah, berita mingguan, sehelai kerta, untuk menyalin kata-kata yang saya katakan kepada mereka, kemudian hantarnya kepada sesiapa saja. Jadi kami ada sebuah khemah yang besar, kira-kira tiga, empat meter panjangnya dan dua meter lebarnya. Dia datang dan saya dah biarnya tinggal di pondok kepingan logam tetapi dia masih takut pada hantu, datang beritahu saya, “Oh, begitu banyak hantu di sini! Macam mana kamu tinggal di sini?” Saya kata, “Kami terus hidup. Mereka tinggal di sini sebelum kami datang, jadi kami harus minta maaf drpd mereka, mereka biar kami tinggal di sini juga.”

Kerana gunung itu dipanggil Yangmingshan. Itu taman negara. Kecuali mereka yang sudah tinggal di sana, sejak dahulu lagi nenek moyang meninggalkan sebuah rumah, tiada orang yang boleh bina rumah lagi. Ia dikatakan ialah kawasan yang ada banyak hantu. Mereka buat banyak usikan dengannya. Seperti kadangkala pemandu teksi tak berani membawa orang ke kawasan itu kerana apabika mereka bayar wang, ia bukan wang sebenar. Apabila mereka balik, mereka mendapati itu wang hantu. Ia bukan wang sebenar. Itu wang khusus. Itu jenis wang hantu khusus.

Kamu tak tahu ke kisah tentang Gunung Yangming? (Ya.) Itu benar. Pernah kamu dengar tentangnya? Ya. Jadi dia seorang saksi. Saya tak berbohong. Saya dengar saja tapi saya tak pasti. Kami tinggal di sana. Tiada orang, tiada hantu yang berani datang kepada kami. Kami lebih ganas daripada hantu atau sesuatu. Saya kata, “Jangan risau. Kita telah diinisiasi ke dlm Kaedah Quan Yin. Tiada hantu yang boleh buat apa-apa terhadap kamu. Lagipun, kamu penangkap hantu! Kamu seorang pakar menangkap hantu. Kamu menghalau hantu! Macam mana kamu takut pada hantu? Jika klien kamu terdengar tentang ini, mana akan mereka datang kepada kamu lagi?” Dia kata, “Terlalu banyak dan hantu yang sangat besar, hantu besar.” Saya kata, “Besar atau kecil, mereka tak buat apa-apa terhadap kita. Kita semua tinggal bersama di sini secara harmoni kerana kita tak mencederakan mereka, mereka tak mencederakan kita.” Dia tetap cuba datang kepada saya sepanjang masa dengan hal hantu, jadi saya beri buah-buahan kepadanya, apa-apa saja yang kami ada, dan kata, “Ini buah-buahan yang baik. Jika hantu nampaknya, mereka takkan sentuh kamu. Mereka takkan dekati kamu.” Tiada hantu yang ganggu kami. Mereka biar kami nampak mereka. Sama ada kami nampak atau tidak, kami tak peduli. Hantu tak berani muncul di depan saya, biksuni dan biksu saya pada masa itu. Atau mungkin kami buta, pekak dengan dunia. Orang kata semasa pekak, kita tak takut akan meriam atau senapang, tak dengar apa-apa pun! Disebabkan itu, suatu kali, kami membuat usikan yang sangat nakal. Kami kata, “Jangan balik begitu lewat.” Kemudian satu lagi, Saya berkata kepada biksuni dan biksu... Kadangkala mereka perlu pergi beli benda, beli makanan atau sesuatu.

Saya tak ingat bagaimana kami hidup di sana. Sekurang-kurangnya kami ada air. Ada anak sungai yg mengalir di sekeliling khemah kami. Air anak sungai itu begitu cantik, begitu jernih. Kami dapat hidup kerana ada air di sana, jadi kami tak peduli. Dulu kami minum air yang lebih teruk daripada itu, air kotor sewaktu kami tiada tempat. Kami pergi ke sana sini di jalanan, minum sebarang air tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Memang, kami dilindungi. Kerana sesetengah air sangat kotor tetapi kami hanya gunakan kain, jubah biksu atau sesuatu untuk menapisnya, kemudian jerang. Air itu memang sangat kotor, tetapi kadangkala kami tiada tempat lain untuk pergi, tak dapat cari tempat lain. Kami di jalanan, jadi minum apa-apa saja tapi tiada masalah. Di sana, kami hanya ada tanah itu dan air mengalir sepanjang tahun. Anak sungai kecil tetapi mengalir sepanjang masa, dan cantik, jernih. Kali pertama kami lihat anak sungai jernih yang tiada orang jejaskan dan tiada pencemaran. Wau, kami begitu bertuah dan gembira! Kami merancang untuk tinggal di sana selama-lamanya.

( Guru, yang ini ke? ) Tidak. Meng-shan bermaksud ‘beri makan...’ Bukan. Ia bermaksud ‘berterima kasih kepada Buddha dan Bodhisattva, beri makan hantu dan sebagainya’. Ia berbeza. Ia bukan pemberian makan biasa. Ia bukan pemberian makan seperti ini. Ia suatu ritual agama. Kamu jumpainya? ( Liturgi. Ia nyatakan: Liturgi bermaksud upacara sembahyang awam yang dilakukan oleh kumpulan agama. ) ‘Upacara sembahyang awam yang dilakukan oleh kumpulan agama’, betul itu. Liturgi juga. Kita memuji Tuhan dan bersyukur kpd Tuhan atas pemakanan dan makanan yang kita makan. Bentuk sembahyang atau doa itu dipanggil ‘liturgi’. Dalam agama Buddha, kita juga berterima kasih kepada Buddha dan sebagainya, kemudian kita beri makan hantu. Jadi sebenarnya hantu memang datang, lebih 300 daripada mereka. Jadi kita ada seorang saksi. Permaisuri Azula nampaknya. Saya rasa dia masih hidup di Amerika. Lama tak jumpa. Saya sentiasa tukar kawasan, jadi saya tak rasa dia dapat menangkap saya lagi. Apa yang kami buat bukanlah ‘Meng-shan’, iaitu membuat tawaran. Sembahyang pagi dan malam yang penganut Buddha lakukan dipanggil ‘liturgi’ yang wujud dalam Katolikisme juga.

Liturgi. Ada sebuah jenaka tentang liturgi. Ada seorang paderi yang pergi ke Afrika, cuba menyebarkan ajaran Nabi Isa tetapi dia perlu melalui sebuah hutan. Dia terserempak dengan singa. Singa nak makannya. Dah pasti, dia tak dapat lari. Jadi paderi itu berlutut dan mengumat-ngamitkan sesuatu. Singa bertanya, “Apa yang kau katakan?” Dia kata, “Biar saya lakukan liturgi dulu sebelum kau makan aku.” Jadi ia berlutut, berdoa kepada Tuhan, mengucapkan ‘syukur’ dan sebagainya, dan ‘selamatkan rohku’. Kemudian singa itu juga berlutut. Jadi paderi itu berkata, “Aku berlutut untuk berdoa kpd Tuhan agar menyelamatkan rohku dan bantu aku. Buat apa kau berlutut?” Singa berkata, “Sebelum makan, kita perlu melakukan liturgi, kan?” Sebelum makan hidangan, ia perlu bersyukur, melakukan liturgi. Itu bagaimana saya ingat perkataan ‘liturgi’. Singa yang beriman.

Jika saya terus menjadi breatharian, agaknya saya tak dapat buat kerja ini. Ini bidang yang berlainan. Barangkali saya ada kehidupan yang lebih baik. Tapi saya tak rasa saya dapat buat lebih banyak kerja atau kerja besar seperti apa yang saya buat sekarang. Tapi kadangkala saya berkata kpd sendiri, “Penyibuk awak ini! Mana boleh awak buat semua ini?” Supreme Master Television sudah pun kerja yang besar bagi saya. Macam mana saya malah pelihara anjing? Saya perlu bermekap, pakai pakaian, mereka bentuk segala jenis benda dan perniagaan. Perniagaan juga menyusahkan saya kadangkala: kakitangan, cukai dan hal perakaunan. Kadangkala saya berfikir, “Ya Tuhan. Awak memang penyibuk, kan?” Saya berkata kpd sendiri, marahi sendiri. Saya kata, “Awak satu-satunya orang yang harus dipersalahkan. Tiada Tuhan, tiada maya, tiada iblis, tiada syaitan, tiada sesiapa pun. Awak satu-satunya orang.” Kerana satu perkara membawa kepada perkara lain. Jika kita ada perniagaan, kita perlu menguruskan ini dan itu dan itu.

Jika kita beri inisiasi, kita perlu pergi jumpa dengan orang ini dan itu. Kita perlu menjaga mereka di dalam dan di luar. Bukanlah kita boleh datang duduk di sini dan tak rasai apa-apa daripada kamu, tak rasai apa-apa tarikan, tolakan, tangisan dan sebagainya. Bukanlah saya beri inisiasi, kemudian saya tak dengar bahawa kamu alami kesusahan di rumah, menyentap foto Guru dan mahukan ini, mahukan itu. Tak apa jika kamu benar-benar perlukannya, tapi kadangkala kamu tak perlukannya pun. Kamu hanya minta ini dan itu untuk menguji Guru. Ini tak jadi. Buatlah kerja rumahmu. Kamu berdoa kepada Guru apabila perlu, dah tentu, tapi bukan sentiasa menyalahgunakan hubungan kita.

Bukanlah kita hanya berkahwin dan beranak, kemudian tiada masalah. Tidak. Masalah datang dengan perkahwinan dan anak. Kamu tak tahu itu sehingga kamu alaminya. Sama juga. Hanya seorang isteri, seorang anak, satu pekerjaan dan sebuah rumah, kamu dah ada banyak masalah. Saya ada banyak rumah kerana dulu saya sentiasa pergi ke sana sini dan setiap negara saya beli ini dan beli itu sebagai ashram. Kemudian lepas itu ia menjadi terlalu kecil, kemudian saya tak dapat jualnya pun. Ia mengambil sedikit masa. Dulu saya tiada sesiapa pun bersama saya untuk bantu saya, jadi saya letaknya di bawah nama saya dan sekrg saya perlu pergi ke sana utk uruskannya kerana sesetengah negara tak menerima surat wakil atau pasport saja. Kita pergi sendiri pergi ke depan penyaksi atau peguam, blah, blah, blah. Kesusahan yang tiada hujungnya.

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
149 Tontonan
2024-12-19
1342 Tontonan
2024-12-18
837 Tontonan
2024-12-18
325 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android