Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Ambil Tindakan Berani untuk Dunia Vegan! Bahagian 2 drpd 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jika kamu marah dengan sesuatu, tenaga negatif kamu akan memudaratkan seseorang yang kamu arahkan kemarahanmu.

Ya Tuhan, saya bercakap dengan kamu tentang anjing sekali lagi, kerana dalam suluk ini, saya perlu menjaga anjing saya. Dua daripada mereka telah dicakar dan jatuh sakit akibat serangan kuasa negatif. Mereka melindungi saya. Oleh itu, mereka ada masalah. Saya tak mahu mereka buat begitu tapi mereka sentiasa melakukannya. Jadi sekarang saya perlu wujudkan lingkaran perlindungan di sekeliling mereka. Terlewat sikit tapi mereka tak apa-apa sekarang. Cuma saya rasa begitu sakit hati. Sewaktu bersuluk, saya tak seharusnya bersama anjing atau manusia. Saya tak seharusnya jumpa sesiapa pun, orang yang bawa makanan satu atau dua kali sehari pun. Mereka hanya letaknya di luar di tepi pintu pagar, kemudian saya pergi ambilnya apabila dah sedia. Biasanya saya makan sekali saja. Itu dah cukup. Saya langsung tak rasa nak makan. Tapi saya juga sakit. Tak serius, jangan risau. Tak serius, hanya masalah kecil. Tapi jika saya jumpa dgn kamu hari ini, saya akan hidapi satu lagi penyakit kecil. Bukanlah saya kisah, bukan saya peduli, cuma saya tak boleh lakukannya. Saya dah sedia dan sudah mengarahkan orang supaya membuat persediaan di Hsihu untuk saya datang bertemu dengan kamu. Buat masa ini, saya tak boleh pergi ke Ashram Alam Baru. Saya tak boleh jelaskan kepada kamu sekarang. Ada banyak perkara, saya tak boleh jelaskan atau beritahu kamu. Saya beritahu kamu tentang keamanan, seperti saya bermeditasi untuk keamanan, hanya itu saja, kemudian kehidupan saya menjadi tidak damai lepas itu, begitu banyak gangguan, begitu banyak kesusahan, begitu banyak halangan. Hidapi penyakit dan penangguhan keamanan juga.

Tapi sangat sukar untuk dielakkan. Kita ada Supreme Master Television, kadangkala saya panggil SMTV. Tapi kita tak boleh panggil SMTV kerana itu sama nama dengan SMTV lain. Ada satu SMTV di dunia. Ia di sebuah negara kecil, di tengah-tengah Itali. San Marino. San Marino Television. Saya masih ingat. Mereka memanggil diri SMTV. Betul? Ada orang Itali, orang Eropah? Itu sebuah negara kecil yang dipanggil San Marino, hampir telah diabaikan oleh dunia tetapi mereka wujud. Ia sebuah tempat yang indah. Mereka ada saluran televisyen yang dipanggil SMTV. Jadi kita panggilnya Supreme Master Television.

Jadi kita ada Supreme Master Television, ada kakitangannya. Kadangkala saya perlu bercakap dengan mereka untuk... hanya untuk berhubung dan juga untuk soalan yang mereka ada dalam fikiran atau yang mereka nak tanya saya. Dan kadangkala saya juga bertemu dengan kamu, berhimpun bersama kamu atau bersuluk bersama kamu, kemudian secara spontan, dengan bersahaja ia dikatakan. Ia dikatakan sebelum saya memikirkannya pun disebabkan oleh minda yang berminat dan berkeinginan. Kamu nak tahu apa yang saya tahu. Kamu nak tahu apa kemajuan yang telah kita capai untuk planet ini. Kamu nak tahu proses keamanan sudah macam mana. Apa yang telah saya buat, apa yang sedang saya buat atau apa yang akan saya buat. Apa yang telah saya buat, apa yang sedang saya buat apa yang akan saya buat dan sebagainya. Kamu tanya soalan atau tak tanya soalan pun, saya katakannya secara tiba-tiba sebelum saya dapat mengawalnya pun walaupun saya tahu bahawa saya tak harus beritahu kamu apa-apa pun, walaupun Syurga Tinggi beri amaran kepada saya, Dewata Ihôs Kư beri amaran kepada saya supaya tak katakannya. Jika tidak, saya takkan ada kedamaian. Meskipun dunia ada keamanan, saya takkan ada kedamaian secara peribadi dalam kehidupan. Itu saya tahu. Saya telah alami jenis balasan tidak damai ini disebabkan oleh kata-kata saya, disebabkan oleh beberapa dan banyak pendedahan kepada kamu dan dunia kerana apa-apa yang saya dedahkan kpd kamu, mereka takkan merahsiakannya. Ya, ia akan disiarkan di TV demi manfaat semua orang. Saya tak kisah. Cuma kadangkala kita perlu mengorbankan masa kita bersama disebabkan oleh situasi saya yang tidak tenang yang berterusan untuk suatu tempoh masa.

Saya bertuah masih hidup kerana kuasa negatif telah memasang banyak perangkap di tempat-tempat yang berlainan utk saya terperangkap, boleh bawa maut. Kadangkala tanpa disedari saya pergi ke sana tetapi ia berubah haluan dari saya. Itu apa yang Syurga beritahu saya. Syurga Tinggi beritahu saya, Dewata Ihôs Kư beritahu saya, “Ia berubah haluan dari engkau.” “Ia berubah haluan dari engkau.” Dua kali sekurang-kurangnya. Kali ini, saya elakkannya. Saya periksa sebelum pergi. Sebab itulah saya tak boleh jumpa dgn kamu hari ini. Ada beberapa halangan di jalan. Okey? (Ya.) Sekurang-kurangnya saya masih di sini, kemudian kita boleh berpeluang untuk saling berjumpa pada kali yang lain. Betul? (Ya.) Meskipun tidak, kita sentiasa bersama. Kamu tahu itu. Kamu tahu kamu dapat lihat saya di rumahmu jika kamu jaga. Minta maaf. Kadangkala saya datang tetapi kamu mengantuk. Kamu tiada di sana utk menyambut saya, kemudian apabila kamu bangun, kamu kata, “Guru tak pernah datang ke rumah saya.” Saya sentiasa ada di sana. Kadangkala kamu terlalu sibuk dengan hal lain atau mungkin mempercayai entiti lain dan lupakan saya, jadi saya perlu berdiri menunggu di satu sudut sehingga dijemput. Saya tak boleh masuk saja tanpa undangan. Kita perlu sopan, kan? Baiklah, tak menjadi hal. Kamu tahu saya sentiasa ada di sana untuk kamu, bersama kamu dan kasihi kamu.

Saya gembira dengan kita dapat berbual-bual. Pada zaman dahulu, kita tak dapat melakukan ini. Beberapa dekad yang lalu saja pun, ini tak pernah didengar, tak dapat dibayangkan! Sekarang kita di sini. Saya duduk di sini, kamu semua duduk di sana dan kita dapat saling melihat. Seperti kamu duduk di depan saya, seperti saya duduk di depan kamu. Saya tak tahu sama ada imej saya sangat jelas bagi kamu di sana tetapi imej kamu sangat jelas. Jelas tak? (Ya!) Bagus. Saya dapat lihat warna rambutmu, warna mata, hidung dan telinga kamu. Saya dapat lihat seorang biksu di sana. Biksu Korea? (Ya.) Halo. (Halo.) Kamu masih tinggal di sana, atau baru? (Ya.) Tinggal di sana? ( Pasukan kerja. ) Pasukan kerja! Wau! (Ya. Satu bulan setengah.) Wau! Apa yang kamu buat? ( Mengecat. ) Mengecat. (Ya.) Okey, terima kasih. ( Simen, konkrit. ) Terima kasih. Adakah biksu bekerja di Korea? Biksu saya bekerja. Biksu saya memang bekerja, cuba berdikari dan menyumbang kepada dunia. Mereka malah bekerja di restoran, memasak.

Tetapi keamanan akan datang untuk semua orang. Sekarang saya di sini, banyak bercakap sekali lagi. Saya bukan terus mata atau apa-apa, saya hanya rasa kita menuju ke arah itu. Tidakkah kamu? (Ya!) Ya? Kamu rasa begitu juga? Juga kerana Syurga beritahu saya, Syurga Tinggi, Ihôs Kư. Syurga Tinggi yang lain tak dapat sentiasa berkomunikasi dengan saya, tetapi Dewata Ihôs Kư, oleh sebab dekat dengan sempadan Alam Bayang, Mereka dapat bantu saya. Tapi bukan sentiasanya. Saya perlu menahan kesan apa-apa saja yang saya buat untuk dunia. Jadi berbuat baik tak bermakna kita tiada kesan buruk sebagai balasan. Ia bergantung kepada apa yang kita buat, bergantung kepada siapa kita. Jika kita hanyalah anak murid, maka baik-baik saja. Jika kita ialah Guru, maka tidak. Kita perlu berkorban untuk anak murid, sesiapa saja yang kita bantu. Jika itu untuk dunia, maka jumlah kesan dan karmanya lebih besar.

Saya menangis berseorangan sama ada sewaktu bersuluk atau semasa bekerja apabila saya lihat haiwan menderita atau sewaktu saya perlu baca pruf banyak skrip untuk Supreme Master TV. Saya perlu menyuntingnya atau kadangkala menyunting klip video jika ia tak sesuai, atau jika diragui, saya perlu suruh mereka memeriksa faktanya. Meskipun saya tak baca skrip sewaktu bersuluk, namun saya perlu bacanya sebelum bersuluk, lebih awal, kemudian lepas itu, saya baca pruf sekali lagi lepas bersuluk. Mungkin ini tak sebaik semasa saya lakukannya setiap hari tapi tetap lebih baik drpd tidak sama sekali. Saya juga ada melatih mereka, jadi kita dapat lakukan dengan betul pada hari-hari atau pada waktu saya tak dapat melakukannya. Tetapi sewaktu bersuluk pun, kadangkala saya menelefon mereka kerana saya ternampak sesuatu di TV yang tak betul, pada skrin Supreme Master Television. Jadi saya tetap perlu menelefon mereka dan berkata secara ringkas kerana saya tak tahu bagaimana hantar e-mel. Sewaktu bersuluk, saya tak gunakan itu. Tetapi kadangkala saya boleh gunakan telefon. Kerana sewaktu saya bersuluk, kadangkala di kawasan terpencil, telefon tak berfungsi. Maka saya perlu pergi ke sesuatu tempat di mana signalnya sekurang-kurangnya terputus-putus, dapat diterima. Kemudian mungkin saya boleh gunakan telefon jenis lama yang boleh saya hantar mesej. Telefon baru, saya belum tahu bagaimana menghantar mesej. Saya tak tahu dan sudah lupa. Saya perlu belajar semula tetapi tiada masa. Segalanya saya perlu tangguhkan sehingga tak boleh ditangguhkan lagi disebabkan dunia ini. Dunia ini didahulukan. Begitu banyak perkara saya perlu uruskan. Oleh itu, saya tak sentiasa ada masa untuk mempelajari lebih banyak perkara. Tapi saya perlu buat begitu supaya lebih mudah.

Cuma saya tak biarkan banyak orang mengetahui telefon saya. Tiada orang mengetahui telefon saya. Apabila kita hantar mesej, orang mengetahui telefon kita. Mungkin saya perlu belajar buat begitu sekurang-kurangnya. Jadi saya boleh hantar mesej kpd satu orang sekurang-kurangnya. Tetapi saya tiada masa untuk mengatur semua ini pun. Bayangkan? Bayangkan. Saya ingat saya dapat lakukannya dalam suluk ini, akan ada lebih banyak masa, tetapi anjing sakit, kedua-duanya. Satunya serius sikit. Good Love begitu besar dan saya perlu menjaganya. Apabila kami perlu menaiki bukit, kami perlu gunakan kereta golf utk bawanya ke atas kerana jika saya tak biarnya menaik ke atas sana, mungkin ia sembuh dengan lebih lambat. Ia berjumpa dengan saya setiap hari. Saya boleh sembuhkannya dengan cara-cara yang berlainan. Tetapi itu juga halang suluk saya dan juga timbulkan masalah untuk saya sebagai akibatnya. Anjing-anjing lain juga. Seekor anjing gigit anjing lain. Tak begitu serius tetapi saya tetap perlu menenangkan jiwanya, kesejahteraan mental dan emosinya. Kemudian saya tanya anjing itu, “Kenapa kau buat begitu?” Ia kata, “Tidak sanggup.” Ini apa yang ia beritahu saya, “Tidak sanggup tetapi didesak oleh kuasa negatif.” Ini disebabkan oleh salah satu orang. Saya tak nak sebut namanya di sini, salah seorang anak murid. Tapi bukanlah saya menyalahkannya atau apa-apa. Cuma jika kita marah dengan sesuatu, tenaga negatif kita akan memudaratkan seseorang yang kita arahkan kemarahan kita. Anjing saya berkuasa tetapi mereka perlu alami itu. Saya rasa sangat kesal.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/5)
1
2020-07-29
5836 Tontonan
2
2020-07-30
4030 Tontonan
3
2020-07-31
4226 Tontonan
4
2020-08-01
6299 Tontonan
5
2020-08-02
6346 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
162 Tontonan
2024-12-19
1380 Tontonan
2024-12-18
853 Tontonan
2024-12-18
330 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android