Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Cara Sendiri Membuat Pelitup Muka, Penutup Mulut dan Sarung Tangan

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Disebabkan kekurangan pelitup muka di seluruh dunia, dengan perhatian berat, Guru telah menunjukkan cara sendiri membuatnya kepada kami. Kami menyiarkan tip daripada Mahaguru Ching Hai ini dengan harapan ia akan membantu saudara-saudara kita semasa kecemasan. Semoga Tuhan melindungi kita semua.

“Kamu boleh sendiri membuat pelitup muka dengan memotong sekeping plastik lut sinar, keras menjadi segi empat. Lekatkannya pada gelang yang lebih keras dengan melekat atau mengokot. Kemudian ikatnya pada dahi dengan gelang getah atau kain untuk melindungi seluruh muka sewaktu pergi ke tempat awam seperti pasar raya dan sebagainya. Cuci dan keringkannya selepas itu sehingga penggunaan seterusnya.”

Semasa wabak, janganlah menjadi pembeli panik kerana sesetengah item penting seperti sarung tangan dan penutup mulut tak sentiasa boleh didapati sepenuhnya. Jadi sendiri buatlah penutup mulut, sendiri buat sarung tangan.

Kamu gunakan beg plastik pakai buang mesra alam yang besar untuk menutup tangan. Kamu boleh ikatkan gelang getah pada bukaan beg plastik mesra alam seperti yang ini. Masukkan tangan melaluinya. Produk siap adalah macam ini. Lihatlah, dan gelang getah akan menetapkannya di tempatnya. Lihatlah, gelang getah pada pergelangan tangan saya. Sekarang kamu ada sarung tangan reka ganti yang sangat mudah dan berguna seperti mana-mana sarung tangan. Kamu masih ada banyak ruang di dalam, lihatlah, saya boleh ambil benda dari pasar raya jika pergi membeli-belah dengan jenis sarung tangan reka ganti ini. Kemudian kamu jimatkan sarung tangan sebenar profesional untuk para doktor dan jururawat. Bertimbang rasalah kerana ini soal hidup dan mati. Pada waktu susah bagi dunia kita macam ini, kita tak boleh mementingkan diri. Jangan ambil segalanya di atas rak yang doktor dan jururawat perlukan. Terima kasih banyak-banyak.

Dan penutup mulut buatan sendiri, gunakan sapu tangan, lipatnya, ikat pada kedua-dua hujung dengan gelang getah. Ikatkannya pada telinga dan gunakannya sewaktu keluar seperti membeli-belah. Kamu dapat lihat penutup mulut ini berfungsi. Gunakan sapu tangan yang lembut dan lipatnya menjadi dua lapis atau buatnya menjadi tiga lapis untuk melindungi dirimu. Dan di luar, kamu pakai pelitup muka yang dibuat daripada plastik keras, saya telah tunjukkan sebelumnya, maka kamu akan cukup selamat. Dan berdoa, dah tentu. Tuhan ialah Pelindung sebenar kita. Janganlah lupa Syurga, jangan lupa Malaikat, jangan lupa Tuhan. Segalanya yang lain dapat lindungi kita sampai tahap tertentu saja.

Pertimbangkanlah orang lain. Sendiri buat penutup mulut. Kamu dapat lihat, dengan gelang getah di sini saja, kamu boleh gantungnya pada telinga seperti yang profesional. Kamu perlu buang beg plastik ini selepas keluar dari pasar raya. Jika nak guna semula, cuci dengan sebersih-bersihnya lalu gantungnya di bawah matahari sekurang-kurangnya beberapa jam sebelum guna semula. Dan pelitup muka, kamu cuci, gantungnya di bawah matahari dan guna semula. Maka sekurang-kurangnya kamu rasa terlindung dan selamat dari segi fizikal. Macam itulah cara melindungi diri semasa wabak.

Doktor dan jururawat perlukan penutup mulut dan sarung tangan, tolonglah, untuk selamatkan orang lain dan mereka sendiri. Mereka di barisan hadapan untuk menyelamatkan nyawa. Mereka ialah wira. Lindungilah doktor, jururawat dan semua kakitangan hospital dengan tak menyorokkan semua sarung tangan dan penutup mulut yang kamu lihat. Semoga Tuhan rahmati kamu. Semoga Tuhan lindungi kamu.

Semua tip Mahaguru Ching Hai utk perlindungan (ada lebih banyak lagi) semasa wabak COVID-19 (dan wabak lain) boleh disaksikan dan dimuat turun secara percuma di MastersTipsOnCOVID-19.com

Menjadi Vegan = Berdamai
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
149 Tontonan
2024-12-19
1348 Tontonan
2024-12-18
838 Tontonan
2024-12-18
325 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android