Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Haiwan Berkecerdasan Tinggi

2019-11-10
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kita dengar tentang khinzir yang tahu akan nama mereka, main permainan video serta buka dan tutup pendingin hawa untuk menjadi selesa. Kita dengar tentang ayam yang menyelesaikan soalan matematik atau biri-biri yang boleh mengecam foto muka 50 ekor biri-biri. Ada beratus-ratus kajian tentang kecerdasan ikan juga. Mereka boleh gunakan alat dan ada ingatan untuk suatu tempoh masa, sekurang-kurangnya banyak bulan. Keupayaan intuisi atau telepati haiwan juga sering berkembang hingga tahap tinggi, lebih daripada banyak daripada kita.

Yang berikut hanyalah beberapa bukti yang telah diperhatikan. Ia mendedahkan kecerdasan rakan haiwan yang sangat tinggi. Manusia belum lagi menemui sepenuhnya kecerdasan dan kedalaman kognitif rakan berbulu, bersirip dan berbulu pelepah yang cerdik.

SEMUT saling berkomunikasi, memandu arah dengan penggunaan tanda tempat dan isyarat, mampu menganggar dengan agak tepat bilangan pertemuan dengan anggota koloni lain di kawasan makan mereka.

KELAWAR mengecam suara individu dan gunakan gemalokasi untuk memandu arah.

Kecerdasan BURUNG yang tinggi, berkembang daripada kecerdasan otak mudah suai, membolehkan mereka elakkan kepupusan 65 juta tahun dahulu.

LEBAH memberitahu tempat makanan melalui tarian mereka, boleh belajar menyahkod bahasa lebah di benua lain, dan dengan pantas menyelesaikan persamaan matematik yang rumit untuk menentukan laluan pengumpulan makanan yang paling efisien dalam kalangan bunga.

BONOBO boleh belajar bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan manusia dan mencipta gabungan simbol baru untuk mengekspresikan fikiran.

KUCING ada ingatan yang baik. Ini bantu mereka dalam proses pembelajaran dan mempamerkan sifat kecerdasan seperti sifat ingin tahu, penyelesaian masalah secara kreatif dan komunikasi.

AYAM ada organisasi sosial yang kompleks. Mereka boleh ingat lebih daripada 100 ekor ayam lain; berkomunikasi melalui lebih 30 jenis suara; menunjukkan kawalan kendiri; menurunkan pengetahuan budaya dari satu generasi ke generasi seterusnya; memahami sebab dan kesan hubungan; mampu selesaikan soalan matematik; dan mampu menjadi haiwan terapi yang berkesan.

CIMPANZI gunakan pelbagai alat; boleh berkomunikasi dengan bahasa isyarat; dan lebih pandai daripada pelajar universiti dalam tugas yang perlu ingat nombor.

LEMBU pandai mengingat sesuatu; ada hubungan sosial; kompleks dari segi emosi; memahami sebab dan kesan hubungan; dan boleh cari penyelesaian kepada masalah.

KORVID yang termasuk burung seperti gagak dan raven telah menunjukkan ciri kecerdasan yang lebih tinggi, sama dengan manusia seperti penggunaan alat; berkomunikasi melalui dialek yang berlainan dalam kalangan saudara; kelakuan sosial yang sofistikated; dan kelakuan taktikal.

KETAM ada kebolehan yang luar biasa untuk ingat akan ciri visual; belajar daripada kesilapan mereka; menyesuaikan diri dengan rangsangan yang berlainan di persekitaran mereka berdasarkan pengalaman silam; saling mencari dan tak berlawan dengan jiran mereka; bereaksi terhadap rangsangan akustik; berkomunikasi melalui getaran bunyi; serta berikan jagaan dan memastikan persekitaran yang bersih untuk anak mereka.

ANJING gunakan deria yang tajam untuk berikan amaran situasi yang membahayakan nyawa dalam manusia seperti serangan jantung, paras insulin yang rendah dan sawan; boleh belajar untuk menjadi pembimbing bagi orang cacat penglihatan; ada ingatan yang baik; boleh menjadi haiwan terapi; serta dilatih sebagai anggota pencari dan penyelamat.

DOLFIN telah lulus ujian pengenalan diri; ada kemahiran deria yang istimewa seperti gemalokasi; memahami bahasa yang berasaskan lambang; memikirkan masa depan; mempelajari kelakuan baru yang diturunkan kepada dolfin lain; serta tahu apabila manusia dalam bahaya dan berikan perlindungan daripada pemangsa atau membimbing mereka menuju ke pantai.

CACING TANAH boleh membuat keputusan tentang jenis daun yang digunakan untuk menyekat lubang mereka.

GAJAH boleh membuat pengiraan mudah dan telah lulus ujian pengenalan diri.

IKAN boleh saling berkomunikasi; gunakan alat; dan menunjukkan ada ingatan jangka panjang yang baik.

KATAK seperti katak pokok kelabu jantan, sewaktu bernyanyi dalam korus, melaraskan bunyi kuak untuk menonjolkan diri dan mendapat perhatian katak betina.

ZIRAFAH saling berkomunikasi di paras infrasonik yang manusia tak dapat dengar.

KAMBING ada sifat ingin tahu dan kecerdasan; boleh membezakan imej air muka manusia negatif dan positif dan lebih suka mendekati yang positif; sanggup menerokai persekitaran baru; boleh mempelajari tugas baru; mampu dengan senangnya larikan diri dari kurungan; dan takkan mengambil makanan yang sudah busuk atau air kotor.

GORILA gunakan bahasa badan yang sama dengan manusia untuk saling berkomunikasi dan boleh mempelajari bahasa isyarat untuk ‘bercakap’ dengan manusia.

KUDA boleh mengira; menjalankan tugas kognitif; ada pengenalan ruang yang baik; cemerlang dalam pembelajaran mudah; dan mampu menyelesaikan cabaran mental yang susah.

SERANGGA bukan sahaja berkomunikasi antara spesies tetapi juga dengan haiwan bawah tanah dan darat dan menggunakan tumbuhan seperti talian telefon untuk bertukar-tukar maklumat.

BURUNG JAY gunakan ingatan tentang pengalaman silam untuk merancang dahulu; boleh ingat beribu-ribu tempat simpan makanan; dan ingat sudah berapa lama mereka simpan makanan tertentu dan akan mengambilnya sebelum menjadi busuk.

KOALA berkomunikasi melalui teriakan untuk menarik pasangan atau memberikan amaran bahaya.

LLAMA ialah haiwan sensitif dan cerdas yang merupakan pembantu terapi yang berkesan kepada manusia.

UDANG KARANG, seperti dolfin dan banyak haiwan yang lain, gunakan isyarat yang rumit untuk menerokai persekitaran mereka dan menjalin hubungan sosial; mampu mengesan perubahan kecil sebanyak satu atau dua darjah saja dalam suhu air; dan berkomunikasi melalui feromon.

TIKUS merupakan haiwan yang kompleks dari segi sosial dengan keupayaan untuk belajar dan menyelesaikan masalah.

MONYET ada sistem budaya dan sosial untuk menurunkan maklumat dari satu generasi ke generasi seterusnya yang mengajar anak mencari makanan, mengenal saudara-mara dan gunakan alat; mengubati diri dengan menggunakan tumbuhan; ada bentuk komunikasi yang sofistikated yang melibatkan tanda visual, teriakan auditori dan isyarat olfaktori; serta mempelajari tugas untuk bantu manusia lumpuh dengan kehidupan harian.

TIUNG terkenal sebagai peniru percakapan manusia dan bunyi lain yang terbaik, dengan sesetengahnya mampu mempelajari perkataan baru setiap dua hari.

BULBUL ada lagu yang kompleks untuk berkomunikasi dan melaraskan teriakan mereka mengikut tahap bunyi sekitar.

GURITA membina tempat teduh sendiri daripada tempurung, menunjukkan penggunaan alat dalam haiwan invertebrat.

NURI boleh mengaitkan perkataan manusia dengan maksudnya; belajar meniru banyak perkataan bahasa manusia; menari mengikut muzik dan tukar ritma mereka berdasarkan rentak muzik; pandai dalam tugas kognitif; dan boleh mengaplikasikan konsep abstrak seperti bentuk, warna, nombor dll.

KHINZIR sangat cerdas dengan ingatan yang baik; ada struktur sosial yang kompleks; mampu membuat gambaran abstrak; ada keupayaan kognitif yang lebih tinggi daripada kanak-kanak berumur 3 tahun; dan mempelajari perkara baru dengan cepat termasuk mempelajari nama mereka, main perminan video serta buka dan tutup pendingin hawa untuk menjadi selesa.

MERPATI boleh mempelajari perbuatan kompleks dan urutan gerak balas; boleh cam merpati lain; telah lulus ujian kesedaran diri; boleh ingat laluan balik dari jarak yang jauh; bantu mengesan jaket keselamatan untuk penyelamatan laut; selamatkan nyawa manusia yang tak terkira pada waktu konflik; mampu mengesan gempa bumi dan ribut elektrik melalui bunyi; boleh ingat beratus-ratus imej selama bertahun-tahun; dan boleh cam lukisan oleh artis-artis yang berlainan, setanding dengan pelajar universiti.

RATU LEBAH berkomunikasi secara efektif dengan koloni lebah melalui isyarat getaran yang dipanggil ‘permainan seruling’.

ARNAB ada struktur sosial yang kompleks; boleh belajar untuk gunakan kotak buang air dan datang apabila dipanggil; serta boleh mengenal bahaya dan beritahu teman manusia mereka.

TIKUS berkeupayaan untuk menggambarkan corak ruangan dalam pagar sesat dan boleh dilatih untuk mengesan ranjau letupan darat dengan selamat.

ANJING LAUT, seperti manusia, menggunakan kedudukan bintang pada waktu malam untuk memandu arah dalam air terbuka.

BIRI-BIRI boleh cam muka biri-biri lain dan manusia; dengar bunyi frekuensi tinggi yang tak dapat didengar oleh manusia; ada ingatan ruang yang baik; dan belajar untuk mengatasi sekatan bagi sampai ke sumber makanan yang lebih baik.

UDANG berkomunikasi melalui isyarat visual dan kimia.

TUPAI dan haiwan penyorok makanan yang lain boleh ingat lokasi beribu-ribu tempat simpan makanan, selalunya berikutan perubahan fizikal yang besar dalam persekitaran mereka.

KODOK boleh mengesan frekuensi pemeruman radio yang sangat rendah untuk meramalkan gempa bumi.

AYAM BELANDA ada personaliti tersendiri; sedar akan persekitaran mereka untuk menyesuaikan diri dan elakkan bahaya; haiwan yang sangat suka bersosial; dan boleh cam muka manusia yang dikenali.

PENYU boleh mengesan tasik atau kolam di tempat sejauh sebatu; pandai dalam mempelajari pagar sesat; menikmati bentuk hiburan dan keseronokan; berkomunikasi secara subsonik; wujud dalam habitat yang hanya sedikit haiwan yang lain boleh hidup selama lebih 230 juta tahun; boleh cam teman manusia; dan penyu betina dengan tepatnya kembali ke pantai yang sama di mana mereka dilahirkan untuk bertelur pada musim membiak.

KAKAKTUA PAYUNG sangat cerdas dan penyayang; boleh meniru percakapan manusia; ada sifat bersosial; dan boleh belajar untuk menjalankan tugas mudah.

BURUNG HERING menunjukkan kecerdasan yang tinggi, menerima bantuan daripada manusia meskipun dalam situasi tertekan dan gunakan bunyi desis untuk mengekspresikan rasa gembira atau tak senang.

PAUS mampu mengenal pasti panggilan paus lain melalui air laut dan dengan sopan menunggu giliran mereka untuk bersuara; boleh berkomunikasi dengan menggunakan lagu, klik dan gemalokasi paus; diketahui boleh mengajar, belajar, bekerjasama, merancang dan berkabung; telah menyelamatkan manusia dan kapal dalam kecemasan.

XENOP saling berkomunikasi melalui teriakan dan lagu burung yang kompleks.

YAK gunakan kerja berpasukan untuk melindungi diri sendiri daripada suhu serendah -50°C dengan mengerekot bersama pada waktu malam dengan anak di tengah-tengahnya.

BURUNG CAKAR bermimpi sewaktu tidur dengan aktiviti otak yang mencerminkan waktu nyanyikan lagu burung; ada sel otak khusus yang diperlukan untuk lagu asli pada tahap perkembangan untuk mencari suara mereka kerana anak burung ini sama dengan bayi manusia; melaraskan nyanyian mereka bergantung pada audiens mereka; dan saling mengenal dengan lagu khas mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.SupremeMasterTV.com/Constructive-Scrolls
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
153 Tontonan
2024-12-19
1361 Tontonan
2024-12-18
839 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android