Cari
bahasa Melayu
Tajuk
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Mesej Penuh Kasih Sayang Mahaguru Ching Hai kepada Rakyat Ukraine yang Damai

2022-06-22
BAHASA:English,Ukrainian (украї́нська мо́ва)
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Warga Ukraine yang amat dikasihi, anak Tuhan tersayang, saya telah baca mesej anda di Facebook. Saya telah dengar denyutan jantung, doa terdesak anda. Saya telah lihat air mata dan penderitaan anda. Semoga semua ini berakhir semalam lagi. Ini tidak masuk akal. Perang, kekejaman yang tak masuk akal. Tiada orang yang dapat memahami ini, apa yang berlaku di negara aman, penyayang anda.

Saya sangat dukacita dan bersimpati. Hati saya bersama anda semua. Kami berdoa siang dan malam bersama anda. Kami menangis bersama anda. Kami menitiskan air mata bersama anda. Kami berharap Tuhan Maha Berkuasa yang pengasih dengar doa kita. Kami akan terus berdoa untuk anda. Kami sampaikan kasih sayang kami kepada anda dengan nama Tuhan, dengan belas kasihan Syurga.

Jagalah diri baik-baik. Cuba lebih banyak berdoa. Cuba menghapuskan punca penderitaan, iaitu cuba meminimumkan penderitaan orang-haiwan melalui diet yang kita amalkan setiap hari. Cubalah menjadi vegan. Itu saja yang boleh saya beritahu anda. Dan berdoa. Semoga segala kesusahan yang mengerikan ini segera berakhir. Tuhan yang dikasihi, tolonglah kami. Amin.

Saya kasihi anda. Kami semua kasihi anda. Pasukan Supreme Master Television dan saya memeluk anda semua dengan kasih sayang, rasa simpati dan doa ikhlas setiap hari untuk anda, untuk anda semua, untuk roh orang yang telah meninggal dan roh orang yang masih hidup, untuk seluruh negara anda agar mengecap keamanan tak lama lagi. Hingga waktu itu, kami takkan mengenal tidur yg nyenyak atau hidangan yg enak.

Saya akan sampaikan semua doa, rintihan anda kepada dunia melalui Supreme Master Television kami. Saya memohon maaf kerana tak dapat menyampaikan semua doa anda kerana ada berjuta-juta daripadanya. Kami hanya sampaikan sesetengahnya secara simbolik.

Tahulah dalam hati anda bahawa kami kasihi anda. Semoga manusia saling menyayangi dan tidak saling memberikan kesakitan, penderitaan yang tidak perlu. Semoga Syurga menjadi saksi doa anda. Semoga semua hasrat anda terhadap waktu aman untuk pulang ke negara anda segera terkabul. Kasihi anda, kasihi anda dan kasihi anda. Berdoa agar Tuhan melindungi Ukraine. Amin.

Saya juga berdoa untuk pemimpin Rusia agar lebih banyak rasai kasih sayang Tuhan supaya mereka akan puas dalam hati mereka dan tidak berfikir nak lancarkan peperangan atau menyebabkan penderitaan kepada saudara manusia lagi.

Syukur kepada Tuhanku, syukur kepada Tuhanku, terima kasih, segala bantuan drpd Syurga dan manusia hingga kini untuk meminimumkan penderitaan orang Ukraine yang damai.

Syukur kepada Tuhanku atas segala-galanya yang Engkau telah atur dan akan atur untuk kami semua, untuk umat manusia yang menderita di planet ini. Semoga Engkau dikasihi selamanya, Tuhanku.”

Pada waktu yang mencabar bagi dunia kita ini, Supreme Master Television berbesar hati menerima curahan mesej ikhlas di platform media sosialnya Facebook daripada orang Ukraine mulia yang mengekspresikan fikiran dan doa ikhlas mereka. Sekarang kami ingin berkongsi dengan anda lagi pilihan mesej ini sementara kita doakan keamanan semerta di Ukraine dan di dunia supaya semua orang yang terpengaruh boleh memulakan pemulihan mereka dan segera menyedari Bumi baharu yang berkembang maju, indah, harmoni dan penyayang.
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android