Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Seperkara lagi tentang orang British. Ada banyak perkara, mungkin saya dah lupa banyak daripadanya. Sesuatu yang saya ingat, saya akan beritahu anda, secara sampingan, memandangkan kita cakap ttg England. Salah seorang jiran malah menunjukkan kepada saya cara mencuci pakaian. Dia berkata bahawa pakaian yang kita cuci selepas sehari atau beberapa hari adalah lebih cepat dan lebih senang untuk dicuci daripada apabila kita telah pakainya dengan terlalu lama kerana kesan kotoran dan peluh, minyak badan akan melekat pada kolar dan sebagainya. Dalam keadaan itu, kita perlu memberusnya dengan teliti dengan sabun secara berasingan dulu sebelum cucinya di dalam mesin. Perkara sebegini pun mereka ajar saya. Saya tidak minta sebarang nasihat. Pada masa itu, saya seorang remaja, tak banyak bercakap dan masih lebih banyak pelajari bahasa Inggeris dengan baca surat khabar dan sebagainya. Kemudian salah seorang jiran – bukan jiran yang dekat pun, mungkin jiran jauh, mungkin beberapa blok, tetapi saya tinggal lebih dekat dgn desa, jadi saya hanya bandingkannya utk anda tetapi tiada blok besar atau bangunan besar pada masa itu kecuali kolej. Dia beritahu saya, “Kamu tahu tak?” Dia tidak kenali saya. Dia kata, “Kamu datang dari mana?” Saya beritahu dia bahawa saya datang dari Âu Lạc (Vietnam) dan sebagainya sebagai seorang pelajar. Dia kata, “Oh! Semalam kamu melalui rumah saya di sana.” Dia tunjukkan kpd saya – lebih jauh sikit, mungkin 100 meter dari situ. Dia kata, “Anak perempuan saya nampak kamu berjalan lalu semalam. Dia beritahu saya, ‘Mama, oh, saya nampak gadis paling cantik yang pernah saya lihat!’” Saya macam tak percaya. Saya tak pernah percaya bahawa saya cantik. Dulu saya dibuli dan diejek oleh budak perempuan yang lebih besar, malah sepupu yang lebih besar. Saya kecil molek. Sesetengah budak lelaki juga ejek saya dan sebagainya di sekolah. Mereka membuli. Salah seorang budak lelaki malah menampar saya tanpa sebab. Dia tak kata mengapa. Dia dekati saya dan tampar saya dengan begitu saja. Pada masa itu, saya tak tahu bagaimana mempertahankan diri pun walaupun saya sudah mempelajari kung fu, tetapi saya orang yang sangat pemalu, sangat bersifat introvert. Itu di Âu Lạc (Vietnam). Jadi saya tak pernah rasa saya cantik. Saya masih tak rasa macam itu, tetapi apabila saya lihat sesetengah foto saya yang mereka hantar kepada saya secara sampingan bersama jadual kerja saya, seperti apabila mrk petik kata-kata saya atau sesuatu, mereka paparkan foto saya. Saya lihat sesetengah foto kelihatan cantik. Saya berfikir, “Oh! Siapakah wanita ini?” Kameralah. Kamera baiklah yang buatnya menjadi macam itu. Kadangkala begitu cantik – kadangkala tidak. Ada kalanya hidup boleh beri sedikit kegembiraan, keseronokan kepada kita. Tetapi ketika saya masih kecil, saya tiada banyak kawan. Saya tiada kawan karib peribadi atau apa-apa seperti itu. Ibu bapa saya tidak benarkan saya pergi ke mana-mana bersama sesiapa pun kecuali pergi ke sekolah dan pulang ke rumah. Tetapi beberapa orang kawan, kononnya kawan di sekolah saya dan sekolah jiran juga jemput saya ke rumah mereka dan sebagainya. Itu kenangan manis. Jiran saya sentiasa berikan sesuatu kepada saya untuk dimakan jika kebetulan saya pergi ke sana atau melaluinya dalam perjalanan ke sekolah. Mereka sentiasa memanggil saya masuk dan berikan bubur atau nasi goreng kepada saya, semasa di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Agaknya saya kelihatan kecil dan orang lebih rasa nak melindungi budak perempuan kecil. Di England juga, jiran berikan benda kepada saya, jemput saya makan. Seperti jika mereka memasak kentang dan bersama makanan lain – mungkin ini salah satu pembuka selera atau sesuatu – mereka beritahu saya, “Panas, tunggu dulu.” Kemudian lepas seketika, mereka beritahu saya, “Sekrg kamu boleh makan” Lihatlah betapa baiknya orang Inggeris. Mereka sangat baik terhadap saya. Agaknya orang di dunia tahu akannya kerana ke mana-mana pun orang British pergi, mereka buatnya menjadi Komanwel selepas itu dan orang masih suka akan mereka, sayangi mrk dan perlakukan org Inggeris dengan baik sekali, sangat alu-alukan. Berbanding dgn banyak penjajah yg lain, orang tidak suka mereka kembali untuk melawat pun. Itu apa yang saya dengar. Saya tak tahu akan itu dengan pasti. Tetapi pasport British masih salah satunya yang paling baik di dunia, yang paling dialu-alukan di dunia. Itu apa yang saya rasa. Saya rasa orang di dunia tahu akannya. Sebab itulah banyak orang datang ke England dengan bot sebagai pendatang haram. Dulu orang British, orang Inggeris, kerajaannya menerima mereka semua. Baru-baru ini, mungkin mereka tak begitu alu-alukan kerana mereka perlu bekerja bersama negara jiran yang lain supaya tidak menggalakkan orang melalui mereka atau melalui negara jiran untuk menjadi pendatang dan menjadi macam beban kepada negara mereka. Dan kadangkala sesetengah pendatang haram ini menimbulkan kesusahan, malah mencederakan penduduk tempatan atau polis dengan sesuatu cara, dlm sesetengah kes, sangat kesian. Britain salah sebuah negara yang terbaik, negara yang aman damai – adil, mesra, penyayang, baik hati, berbelas kasihan dan bebas, jauh lebih bebas drpd sesetengah negara dalam Kesatuan Eropah. Disebabkan undang-undang Kesatuan Eropah, mereka menjadi lebih tersekat kurang mesra dan kurang mengalu-alukan drpd sebelumnya. Saya mengesali itu. Dulu saya boleh pergi ke sana sini di Eropah, mana-mana saja yang saya mahu kerana belum ada undang-undang sekat daripada Kesatuan Eropah. Itu salah satu halangannya. Tetapi mereka akan mengusahakannya dan keadaan akan menjadi lebih baik. Banyak kerajaan rasa mereka perlu lakukan ini, lakukan itu untuk memperbaik sistem mereka atau melindungi rakyat mereka. Tetapi kadangkala jika sistem lakukannya secara berlebih-lebihan, maka boleh terasa bersifat menindas, terlalu banyak mengawal. Saya memang rasai itu kadangkala berkaitan akaun bank peribadi saya dan sebagainya. Saya dah beritahu kamu, kadangkala saya simpan wang dalam bank sehingga ia berlonggok dgn cukup banyak kemudian kami boleh beli pusat meditasi kecil atau besar untuk anda. Bank beritahu saya bahawa saya tiada rekod buruk atau apa-apa. Saya kata, “Ya, maka mengapa terlalu banyak menyekat aliran masuk atau aliran keluar saya?” Tak apa, apa-apa saja. Wang bukanlah hal besar. Jika kita berduit, kita beli. Kalau kita tiada, kita tak beli. Itu sentiasanya polisi saya dan saya berpegang padanya tidak kira apa pun. England masih sebuah tempat yang sangat selesa untuk didiami. Itu sebabnya orang nak datang tinggal di England, agaknya. Saya rasa England dan banyak negara yang lain adalah baik juga. Saya rasa ini juga bergantung kepada kerajaannya dan afiniti kita dengan negara itu. Apa-apa pun yang berlaku, berlaku. Hidup dengan baik macam mana pun. Teruskan hidup. Saya terus hidup, sama ada saya hidup dengan baik atau tidak. Khemah saya adalah sebaik istana atau rumah yang boleh kita diami saja. Tak banyak yang kita perlukan. Hari ini, kita ada sistem penghantaran ini, sangat mudah untuk tinggal di mana-mana saja. Mereka bawa barang ke mana-mana saja kita diami. Jika kita tiada rumah, kita boleh pinjam alamat rumah jiran, pergi ke sana dan tunggu hantaran kita. Sistem sebegini sangat memudahkan bagi saya. Cuma kadangkala mereka tidak datang pada tarikh yang dijanjikan kerana kekurangan kakitangan atau sesuatu, atau sesuatu berlaku kepada penghantar, atau kadangkala mereka hantar barang yang tak betul kepada kita, maka kita perlu pulangkannya atau tidak pulangkannya, bergantung kepada berapa banyak masa yang kita ada. Tetapi hari ini, tinggal di mana-mana pun, di dalam hutan pun agak selesa. Saya takkan nasihati anda tinggal di Amazon dan bergaul dengan orang asli di sana. Jangan ganggu mereka. Mereka tidak biasa dengan orang di luar dunia mereka sendiri. Kadangkala mereka tak pernah keluar. Mereka hidup dalam alam semula jadi dgn apa-apa saja yang TUHAN bekalkan. Mereka tiada sistem imun yang kuat di dalam badan mereka. Jadi jika anda datang, mungkin anda ganggu ketenteraman mereka atau rebakkan penyakit kepada mereka, yang tidak dapat diubati bagi mereka kerana mereka tiada perubatan moden. Mereka tiada hospital. Mereka tiada doktor kecuali pawang. Mereka tiada segala keperluan, cara mudah untuk menyembuhkan diri. Oleh sebab kita hidup dalam masyarakat bercampur sejak kecil lagi, badan kita membina banyak jenis sistem pertahanan tetapi mereka tidak. Mereka hidup bersama dalam persekitaran mereka yang murni, bersih, sederhana dan dilindungi TUHAN Mereka tidak berbuat mudarat. Mereka tiada fikiran negatif ##yang buat mereka sakit. Mereka tiada karma buruk yang diwujudkan, buat mereka alami sebarang jenis akibat buruk. Jadi lebih baik kamu tidak datang ganggu mereka dan lebih baik orang di dunia tidak dekati mereka. Di sesetengah negara, saya dah lupa di mana itu… di mana mereka ada orang asli yang tinggal jauh di dalam hutan atau di Amazon, jauh di dalam hutan negara mereka sendiri, kerajaan melarang sesiapa pun pergi sejauh tiga batu dari mereka. Ini langkah perlindungan kerajaan yang sangat baik. Saya rasa setiap negara yang ada orang asli yang tak pernah keluar dan tak pernah lihat sesiapa pun sebelumnya harus ada undang-undang yang sama ini untuk melindungi mereka, melindungi orang asli dengan sebarang cara yang boleh kerana mereka tidak berdosa, mereka mudah terpengaruh##dan mereka melindungi hutan hujan! Mereka tidak tahu banyak tentang cara mempertahankan diri. Mereka jalani kehidupan dengan bergantung kepada berkat Syurga dan Rahmat TUHAN. Mereka tidak pergi menyusahkan sesiapa pun. Mereka tidak mencuri, langsung tidak menyebabkan mudarat kepada sesiapa pun. Jadi tolong jangan ganggu mereka. Secara sampingan saja, ini bukan khutbah tentang mempertahankan orang asli, cuma saya tak tahu mengapa, secara sampingan, saya teringat akannya. Saya sudah katakan banyak perkara tentang cara melindungi orang asli di dunia, tetapi saya sentiasa memikirkan mereka, betapa tak dapat mempertahankan diri, betapa mudah terjejasnya hidup mereka. Saya rasa sangat, sangat bersimpati. Saya tidak rasa bersimpati jika mereka tinggal di sana sendirian atau berasingan. Saya rasa bersimpati hanya jika kononnya orang bertamadun masuk, ganggu mereka, rebakkan penyakit kepada mereka dan sebagainya tanpa berfikir baik-baik, tanpa menyedarinya pun. Jadi saya harap semua kerajaan lebih banyak memikirkan cara melindungi kumpulan orang mudah terpengaruh ini dan mendidik rakyat yang bertamadun supaya tidak masuk ke dalamnya, ganggu mereka, apalagi pergi ke sana dan musnahkan hutan mereka, kediaman mereka, ketenangan mereka. Berdoa kepada TUHAN agar lindungi mereka. Amin. Photo Caption: “TUHAN Memang Memberi Apabila Penghantar Tidak Menghantar”











