Cari
Seterusnya
 

ISTIMEWA! / Peubahan Iklim

Metana & Karbon Dioksida: Meneliti Angka-angkanya

2021-11-16
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Potensi Pemanasan Global (GWP) ialah suatu ukuran berapa banyak haba diserap dalam suatu tempoh masa tertentu disebabkan oleh pelepasan suatu gas.

- GWP karbon dioksida ditetapkan sebagai 1.

- Potensi pemanasan semua gas yang lain ditempatkan berbanding dengan CO2.

- GWP metana, contohnya, adalah 96 secara purata dalam tempoh 20 tahun.

- Dengan kata lain, metana memanaskan atmosfera 96 kali lebih banyak daripada CO2 dalam tempoh 20 tahun.

Professor Pete Smith – University of Aberdeen, UK: Sebabnya ia merupakan gas rumah hijau yg lebih kuat daripada karbon dioksida adalah kerana struktur molekulnya memerangkap lebih banyak sinaran inframerah, lebih banyak haba.

Metana datang dari mana?

Dr. Kirk Smith: Pelepasan metana manusia adalah daripada daging, daripada ternakan.

- Satu orang-lembu mengeluarkan 220 paun metana setiap tahun, bersamaan dengan 21,120 paun CO2.

- Disebabkan oleh penternakan orang-haiwan secara intensif, hari ini terdapat lebih 1.5 bilion orang-lembu di dunia, setiapnya mengeluarkan 220 paun metana, menyebabkan sebanyak 31.7 trilion paun CO2 yang setara dikeluarkan setiap tahun.

Ini lebih daripada: - 3 kali ganda kereta di dunia - Semua loji janakuasa di dunia - Semua pelepasan CO2 negara-negara perindustrian Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jepun, Britain dan Amerika Syarikat... digabungkan.

Bill Clinton – 42nd US President; vegan: Ahli-ahli sains perubahan iklim telah membuat kesimpulan bahawa sementara melihat segala data mereka tentang kemusnahan planet ini, kita masih perlu cuba mengurangkan gas rumah hijau agregat sebanyak 80% menjelang 2050. Kita semua tahu ini akan sukar untuk dilakukan dengan populasi semakin bertambah dan teknologi baru berkembang. Namun, jika kita mengurangkan dua bentuk gas rumah hijau yang paling kuat, hilang dengan cepat, metana dan variannya serta karbon hitam, maka mungkin kita boleh mendapatkan masa 20 tahun lagi untuk seluruh dunia mengatasi isu yang lebih besar.

Gas rumah hijau ambil masa yang berbeza-beza utk hilang dan dengan itu berhenti memanaskan atmosfera.

- Metana mengambil masa 8-12 tahun saja utk berhenti memanaskan atmosfera; sementara - Karbon dioksida mengambil masa sepanjang berpuluh-puluh, beratus-ratus atau malah beribu-ribu tahun.

Bill Clinton – 42nd US President; vegan: Adalah sangat penting semua orang memahami ini: Adalah jauh lebih murah mengurangkan metana daripada mengubah seluruh struktur yang melepaskan karbon dioksida ke dalam atmosfera.

Maneka Gandhi – Chair, Climate Change Committee, Indian Parliament; vegan: Apa yang perlu dibuat bukanlah bertumpu pada karbon dioksida. Buat apa yang boleh dibuat, bermakna kita mengurangkan gas seterusnya yang paling penting, iaitu metana. Kita boleh kata, “Baiklah, kita takkan makan daging. Kita takkan menghasilkan daging untuk orang lain makan.”

Hentikan metana. Hentikan pemanasan global. Pantas.

Maneka Gandhi – Chair, Climate Change Committee, Indian Parliament; vegan: Ia bukan sahaja penyelesaian sebenar tetapi juga penyelesaian serta-merta.

Jadilah Vegan, Pelihara Alam untuk Selamatkan Planet Kita. Untuk lebih banyak maklumat cemas, sila kunjungi www.SupremeMasterTV.com/SOS
Saksikan Lebih Banyak
Kesedaran  3 / 24
1
2022-11-26
12134 Tontonan
2
2022-01-24
1913 Tontonan
3
2021-11-16
3524 Tontonan
4
2019-12-07
2220 Tontonan
6
2021-05-20
2018 Tontonan
8
2021-05-21
2280 Tontonan
10
2020-05-10
12505 Tontonan
12
2021-12-11
1552 Tontonan
15
2021-03-22
1860 Tontonan
18
2020-04-20
2318 Tontonan
20
2021-05-24
17269 Tontonan
21
2020-07-04
2900 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2023-03-23
21 Tontonan
2023-03-22
745 Tontonan
2023-03-21
42 Tontonan
2023-03-21
34 Tontonan
2023-03-21
1204 Tontonan
2023-03-20
137 Tontonan
2023-03-20
180 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android