Cari
bahasa Melayu
Tajuk
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pendedahan Syurga tentang Peristiwa Dunia pada Masa Depan, Bahagian 2/5

2023-03-07
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi sekarang saya akan beritahu kamu maklumat kemas kini. (Ya, Guru. Terima kasih.) Saya dah kata, saya harap saya tersilap. Saya harap saya salah dengar. Saya menulis semuanya pada sehelai kertas kecil.

Sekarang, masih ingat sebelumnya, kita bercakap tentang 2027, (Ya, Guru.) waktu visi satu orang menunjukkan seluruh dunia, di merata tempat, tiada manusia dan orang-haiwan dan sebarang aktiviti. Masih ingat itu? (Ya, Guru.) Jadi fenomena ini, kejadian ini – kejadian negatif ini, kejadian ngeri ini akan bermula pada November 2027 hingga November 2031. (Oh, tidak! Oh, alahai! Ya Tuhan!) Saya tulis di sini: “Itu akan memunahkan umat manusia, (Wau! Ya Tuhan!) jadi orang di dunia akan mati, 72%.” (Wau! Ya Tuhan! Ya Tuhan! Dahsyatnya!) Tetapi Mereka beritahu saya, “Engkau dan anak murid akan terus hidup untuk masa yang panjang.” (Oh!) Saya hanya baca kepada kamu apa yang telah saya catatkan, (Ya, Guru.) sebagaimana itu, dan mungkin jelaskan beberapa perkara, atau mungkin tidak.

Baiklah, sekarang saya terus baca. (Ya, Guru.) “Syaitan ghairah dan semua syaitan khas dipaksa oleh karma untuk bunuh orang di dunia.” Saya tulis apa yang Mereka beritahu saya. Semua ini dalam tanda petik kerana itu bukan kata-kata saya. (Faham, Guru.) Saya tulis, ia bersambung: “2027 bermula dan hingga empat tahun kemudian, hingga 2031 November, tempoh empat tahun ini adalah untuk memunahkan umat manusia, dan dah tentu, orang-haiwan juga. (Wau! Ya Tuhan! Dahsyatnya!) Mulai 2027, Supreme Master TV akan menjadi sifar.” (Oh!) Mungkin kita tak dapat bekerja lagi kerana tiada komunikasi, kerana tiada sambungan internet, kerana semua sistem ini akan rosak atau musnah. (Oh! Kami begitu kesal mendengar itu, Guru.) Saya tiada masa untuk tinjau begitu banyak perinciannya. Semua perkara ini sudah sangat banyak mempengaruhi hati saya. (Faham, Guru.)

Tetapi saya juga tanya Mereka di antaranya, “Jadi Engkau kata aku dan anak murid akan terus hidup tetapi buat apa kami hidup? Jika semua orang telah mati, buat apa kami hidup dan kami hidup dengan apa?” Mereka kata, “Apa-apa saja makanan yang tertinggal di ladang, engkau boleh makan.” (Oh!) Itu apa yang Mereka katakan. Kemudian saya kata, “Boleh Engkau beritahu aku angkanya?” Saya akan baca apa-apa saja yang saya tulis. (Faham. Ya, Guru.) Mungkin tidak bersambungan tetapi saya tulisnya sebelum terlupa.

Contohnya, di India, saya tanya Mereka berapa banyak orang akan hidup? Di India, ada banyak orang terinisiasi. (Ya.) Bukan sahaja pengamal kita tetapi juga daripada kumpulan lain seperti (Radha Soami Satsang) Beas. (Ya, Guru.) Jadi di India, akan ada 1,223,141 orang terinisiasi yg terselamat. (Oh! Wau!) Itu barangkali 2027. Kemudian contohnya, di UK, 2027, 42% orang tertinggal. (Ya Tuhan!) Tetapi 2031, di UK, akan menjadi kosong (Wau!) kecuali orang terinisiasi. Saya kata, “Bagaimana dengan anak murid saya?” Mereka kata, “Di UK, akan ada sebanyak 140 orang terinisiasi yang hidup, terselamat.” (Wau!) Dan saya tanya, “Bagaimana dengan EU, Kesatuan Eropah?” Mereka beritahu saya, “0% tertinggal. Kosong.” (Wau! Ini mengejutkan! Begitu mengejutkan!) Biar saya baca… Oh! Di EU, akan ada sebanyak 300 orang terinisiasi yang tertinggal. (Alahai!) Di Taiwan (Formosa), 9,321 orang tertinggal termasuk orang terinisiasi, agaknya, atau mungkin hanya orang terinisiasi. Perbualan itu sangat cepat. (Faham. Ya, Guru.) Saya perlu catatkannya dan tiada masa utk tanya lebih banyak soalan.

UK pada 2031, adakah saya dah kata? “Dipunahkan.” “Berapa byk tertinggal?” Saya tanya. “Berapa banyak tertinggal?” Mereka kata, “Kosong.” “Bagaimana dengan orang terinisiasi?” Mereka kata, “Terselamat. Sesetengahnya terselamat.” Saya kata, “Mengapa? Meskipun ada seperti bom atom atau apa-apa pun yang meletup, mengapa semua orang mati macam itu?” Jadi Mereka beritahu saya, “Syaitan ghairah dan syaitan lain akan melemaskan orang dengan senjata racun karma, jadi mereka akan hilang.” (Ya Tuhan!) Saya tak berpeluang untuk tanya apa jenis racun karma. Saya asyik tanya tetapi Mereka tidak jawab lepas itu.

OK. Halaman seterusnya jika saya adanya di sini. Ini sesuatu yang lain. Sesuatu tentang Raja Charles III. Saya tak nak bercakap tentangnya. (Okey, Guru. Ya, Guru.) Tidak sesuai, tentang hidupnya. Sesuatu di sini: “Perang dunia akan bermula pada akhir tahun.” (Ya Tuhan.) Sepatutnya macam itu. (Kami harap ia tidak berlaku!)

“Dunia, kosong manusia pada 2047. (Wau! Ini mengejutkan!) Kamu dan anak murid akan menjadi tenang, gembira dan bebas pada 2047.” (Wau!) Saya tak tahu bagaimana saya akan rasa gembira, bebas atau tidak. Baiklah, itu saja. Satu lagi, mengenai hal lain, datang secara sampingan. Saya tak nak bercakap tentangnya. (Faham, Guru.) Ia mengenai Keluarga Diraja. Saya tak nak bercakap tentangnya. Baiklah, itu saja.

Lebih atau kurang, itu saja. Saya telah singkatkannya. Ketika kami bercakap dalam persidangan, mengambil masa yang lebih panjang. (Ya, Guru. Faham.) Semua ini bukan sahaja kata-kata Mereka tetapi juga soalan saya di antaranya yang saya tinggalkan kerana saya nak tulis dengan cepat apa yang Mereka katakan, bukan apa yang saya tanyakan. (Saya faham, Guru.) Apa yang mereka katakan dah cukup jelas tanpa mendengar soalan saya pun. Ini dah pun semua jawapannya. (Faham, Guru. Ya, Guru.) Saya mahu semua orang berdoa agar saya salah dengar. (Ya, kami harap begitu.) Tetapi saya tak tersilap. Saya tahu itu. Sebenarnya, kita masih berjuang dan berunding dengan sebelah negatif supaya ada kesudahan yang lebih baik. Tetapi ini apa yang sepatutnya berlaku jika kita gagal untuk berunding atau menukarkan sesuatu. (Ya, Guru. Faham, Guru.) Kerana karma terlalu besar.

Setiap kali, macam mana pun, karma sentiasa terlalu besar bagi mana-mana Guru uruskan sendirian. Biasanya meskipun Mereka mati, akhirnya Mereka berkorban demi orang lain, Mereka hanya dapat menyelamatkan anak murid dan sebilangan pengikut, atau saudara-mara dan kawan mereka hingga sembilan generasi. (Faham, Guru.) Tiada sesiapa pun yang dapat menyerap seluruh karma dunia. Oleh itu, kita akan sentiasa alami perang, kebuluran, wabak dan sebagainya. Hari ini, nampaknya lebih daripada sebelumnya. Ada jangkitan dan wabak berlainan yang terus menjadi semakin boleh membawa maut. Bukan itu saja, ada banyak penyakit berlainan di seluruh dunia hari ini yang masih membingungkan ahli sains dan penyelidik perubatan. (Ya, Guru.)

Juga ada gempa bumi dan ribut di merata tempat. Kita baru alami gempa bumi di Turkiye dan Syria yang sudah membunuh lebih 46,000 orang dan banyak orang masih hilang. (Ya, Guru.)

Begitu pun, New Zealand baru alami gempa bumi juga. Kamu ada dengar itu. Kamu tahu, kan? (Ya, Guru.) Jadi ia takkan berhenti di sana. (Oh! Faham, Guru.) Bukanlah kita tak rajin membantu tetapi ia perlu berlaku. (Faham, Guru.) Dan teras planet ini telah berhenti berputar. (Wau!) Dan medan magnetnya telah rosak. (Oh!) Dan Matahari marak menyala. Dan satu meteorit baru terhempas ke Bumi di sesuatu tempat di Texas jika saya ingat dengan betul. (Wau! Ya, Guru.) Dan begitu banyak penyakit lain. Sebelumnya, selesema burung tak terlalu banyak pengaruhi manusia. Hari ini, ia lebih banyak mempengaruhi manusia – lebih daripada sebelumnya. Mereka berperang dengan manusia yang menternak orang-ayam untuk dimakan. (Ya, Guru.) Ada sangat banyak malapetaka lain yang saya tak ingat. Kamu boleh lihat di internet, mana-mana pun seperti medan bunuh hari ini, dunia kita, mana-mana pun. (Ya, Guru.) Bunuh kanak-kanak juga, orang tua, malah orang yang sihat.

Jadi itu sebabnya saya rasa saya perlu beritahu orang tentang ini walaupun saya teragak-agak untuk masa yang sangat lama. Dan meskipun saya cuba sebelumnya, ia asyik menyusahkan saya. Macam Syurga tak mahu manusia bersedia. Tetapi saya mahu mereka tahu. Meskipun mereka tak percayai saya, sekurang-kurangnya mereka tahu dan boleh memilih untuk bersedia, bertaubat atau tidak supaya sebanyak orang dapat diselamatkan. (Ya, Guru. Terima kasih, Guru.) Tetapi hati saya begitu sakit dan saya tak berehat dengan baik. Saya berkalih-kalih. Pada bila-bila saya perlu berehat, saya tak dapat berehat pun. Saya tak perlu minum teh atau kopi untuk kekal tak dapat berehat. (Alahai!) Dan terlalu banyak kerja juga. (Faham.) Dan banyak halangan seperti tiada internet, masalah internet, telefon rosak dan segala-galanya yang perlu saya uruskan sendirian. (Oh! Wau!) Bukan senang bagi saya menguruskan segalanya sendirian. (Faham, Guru.)
Saksikan Lebih Banyak
Episod  2 / 5
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android